Episod Baru

Alhamdulillah.. lama sudah tak menulis di blog. Harini terjumpa kembali blog lama yang dah berhabuk dan bersawang.

alhamdulillah kini kami telah berada di Malaysia sejak Feb 2013. Kami telah pun mempunyai 3 org cahaya mata

Nasihah dah darjah dua. Naufal dah 5 tahun dan Nuaym dah nak masuk 2 tahun. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. Sekarang episod di Kelantan pun sudah nak berakhir, kerana kami akan berpindah ke tempat baru, Kuantan.

Ummi insyaAllah baru nak sambung master in Radiology dan Babah pula akan habis master dan jadi specialist in Psychiatry pula selepas ini.. insyaAllah..

ok stop jap sambung nnti

Menjadi seorang ummi

Terasa ingin menaip pula harini.. alang2 Nasihah berada dalam bilik mandi sambil mandi sendiri di Bath Tub, aku ingin mengambil peluang yg mungkin sekali sekala je ni utk menulis.

Munkin sudah bersarang blog ini, tapi belum terlambat utk aku nukilkan sepatah dua kata di sini sambil meniup habuk-habuknya.

Pejam celik pejam celik aku sudah menjadi seorang ummi kepada 2 org cahaya mata. Nasihah kini 3 tahun lebih 1 bulan dan Naufal 2 bulan 2 minggu. Aku juga kini masih seorang suri rumah sepenuh masa. Sangat sekejap masa berlalu dan seakan-akan tidak percaya yang kami sudah mempunyai 2 org cahaya mata..

memang tidak di nafikan masa semakin pendek, hidup semakin sibuk dan bermacam-macam lagi berlaku. Tapi Ramadhan kali ini, aku berazam untuk lebih proaktif dalam meningkatkan amal ibadah untuk akhirnya mencapai tahap taqwa yang digariskan Allah dlm Al-Baqarah ayat 183.

Menjadi suri rumah sebenarnya bukan sesuatu yg mudah.. tugas aku bukan sahaja nak memasak, mengemas rumah, basuh baju, jemur baju dan lipat baju, tapi tugas menguruskan dua org anak amatlah mencabar.. bukan sahaja perlu menjaga makan minum mereka, tapi juga perlu jg menghabiskan masa bermain dan mengajar mereka.. kerana kedua-duanya adalah amanah.. kadang-kadang sifat sabar terduga juga bila Nasihah melakukan aktiviti2 peliknya..(cth: melempar makanan merata-rata, bermain dgn candy yg akhirnya tumpah ke carpet, tumpahkan air sana sini, tumpahkan cat ke carpet dan macam macam lagi idea kreatif di otaknya).. sangat mudah utk kita sebagai seorg ibu untuk berkata ‘NO’ dan memarahi mereka.. tapi kalau ‘No’ di jadikan perkataan paling glamour kita di rumah, anak-anak nanti semestinya akanmenjadi seorg yg susah utk mencuba dan takut melakukan kesilapan.. ya Allah, tabahkan lah hati seorang ummi ini..

Sebagai ummi, doa menjadi peneman dan penguat di kala hati terasa resah dan marah. Hanya Allah yang dpat memberi ketenangan ini..

Bila sang suami balik, rumah sememangnya di ingini bersih dan kemas, anak-anak semua terjaga, dah di mandikan, dah diberi makan.. makanan kalau boleh sudah terhidang di meja menanti waktu berbuka.. ah, alangkan mmg itu yang aku sendiri mahukan.. tetapi kadang-kadang tidak terkejar dengan segala aktiviti lain.. satu yg aku harapkan, sang suami bersabar dan meletakkan kakinya ke kasutku juga.. “put his feet in my shoes”.. Alhamdulillah aku dikurniakan suami yang pandai memasak dan ringan tangan membantu di kala sibuk.. aku amat bersyukur..

Aku cuma berdoa agar Allah berikan aku lebih banyak kekuatan dan kesabaran utk terus mendidik anak-anak ini,memenuhi keperluan suami zahir dan batin dan untuk terus diberi istiqamah menjalankan kerja-kerja dakwah kepada masyarakat secara umumnya.. Ayuh menjadi superakhawat.

Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik tolak kearah yg lebih baik, amiin..

refleksi

Bismillahirrahmanirrahim..

Ku sapu sawang-sawangnya yang berserangkai, ku tiup habuk-habuk yang menebal, ah blogku.. sudah lama tak menjenguk kemari. Entah apa yang menolakku hari ini untuk kembali menulis. Walau mungkin ini antara 1 entry yang akan aku tulis untuk tahun ini, tapi biarlah, biarlah aku mulakan dengan satu. Semoga yang satu ini akan menjadi dua, yang dua menjadi tiga dan seterusnya..

Tutup buka mata, puteriku Nasihah, kini sudah berusia 2 tahun 8 bulan. Alhamdulillah, segala yang sukar sebelum ini, sudah menjadi mudah.. tiada lagi bangun malam setiap sejam untuk menyusukan dia, untuk menyalin lampin, bersengkang mata mendodoikan si kecil yang menangis tak tahu kenapa.. Nasihah kini sudah tidur di bilik sendiri, bangun hanya pada siangnya, lebih kurang jam 6pagi.

Banyak yang telah berlaku lebih setahun ini.. aku kini sedang menjalani latihan menjadi seorang suri rumah yang berjaya. Ah, tak kusangka susah juga menjadi suri rumah. Kadang-kadang terasa ingin kembali bekerja semula. Sewaktu bekerja, mahu jadi suri rumah, sudah jadi suri rumah, mahu bekerja kembali.. beginilah manusia.. tak pernah puas atau cukup. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana Allah memberi aku satu peluang untuk menjalani tarbiyyah ini.. tarbiyyah rumah. Memang cukup tinggi demand kepada suri rumah seperti aku, tidak seperti masa bekerja dulu.. ibaratnya, kerja-kerja rumah tak pernah kehabisan, makanan kepada suami tercinta harus sentiasa siap, rumah sentiasa kemas, baju kene sentiasa berlipat, berbasuh, berjemur, ber’iron’, lantai sentiasa vaccum, anak terjaga, bilik air sentiasa wangi dan macam-macam lagi.. oh dilemma seorang isteri.. Namun aku bersyukur kepada Allah, kerana dikurniakan suami yang sangat-sangat memahami.. masak pun pandai 🙂 Aku sangat-sangat beruntung..

Kami kini juga sedang menanti kedatangan seorang mujahid yang kini sudah hampir 8 bulan berada di dalam kandungan.. Nasihah nak dapat adik sudah. Terimbau kembali kini masa-masa susah membesarkan seorang Nasihah.. tapi aku tersenyum sendiri kerana, kesusahan itu sudah hampir terlupa/terubat kerana mendidik ana ini adalah suatu amanah dan tanggungjawab yang telah Allah kurniakan kepada manusia.. menjadi satu ibadah yang sangat-sangat tinggi nilai nya di sisi Allah untuk mendidik anak-anak ini menjadi insan yang bertaqwa.. amiin.. semoga Allah beri kemudahan kepada kami..

Belum ku kira lagi, tarbiyyah setahun menjadi seorang doktor pelatih (intern) di Lyell Mc Ewin Hospital. Telah ku merasa tidak makan tengahari dan petang, tidak dapat duduk berjam-jam, tidak dapat ke bilik air berjam-jam, di marah oleh keluarga pesakit, di marah oleh nurse, di marah oleh registrar dan banyak lagi pengalaman-pengalaman pahit.. Pengalaman manisnya adalah lebih hebat dari pengalaman pahit itu.. tak tertulis rasanya di entri ini.. insyaAllah akan aku coretkan sepatah dua di entri yang lain..

Hmm, terasa ringan pula kepala setelah berjaya menconteng sedikit di blog bersawang ini..

sehingga bertermu untuk refleksi lagi.. insyaAllah..

Aku Sabahatmu..

Sahabatku,

Mengenali dirimu,

Ku belajar erti kehidupan,

Kau murabbi yang mengajarku erti susah dan senang..

Darimu, ku belajar erti sayang

Darimu, ku belajar tarbiyyah kehidupan

Sahabatku,

Aku juga pandang dirimu dengan kasih dan sayang

kerana dari mu aku belajar ertinya

Kau ibarat ibu, kakak dan rakan

tiada yang dapat mengganti tempatmu dihatiku

Sahabatku,

maaf andai selama ini ada kekasaran,

aku juga manusia yang sering melakukan kesalahan..

tiada yang aku mohon, hanyalah kemaafan..

darimu ukhti tersayang..

Sahabatku,

jangan kau ragui hatiku,

jangan diragui sayangku..

ku menyayangimu kerana Allah

aku ingin bersamamu saat susah dan senang

saat suka dan duka..

saat payah dan perit

Sahabatku,

mungkin belum cukup hak mu aku tunaikan,

belum cukup aku mendalami sudut hatimu

belum cukup aku menjaga hatimu

mungkin banyak juga aku melukaimu..

kerana sifat kenak-anakanku.

jadi sahabatku

maafkan diriku

berilah aku peluang lagi

untuk terus menyayangimu

kerana aku, sahabatmu

Sahabatku,

jangan kau tinggalkan aku

aku ingin sentiasa bersamamu

dalam susah senang perjuangan ini

dalam lumpur kekalahan atau piala kemenangan

bawa ku ke syurga bersamamu

bimbing aku, teruslah beri nasihat kepada ku

jangan pernah hilang harapan kepada ku

kerana aku, sahabatmu..

kerana kau, sahabatku, murabbi ku..

Ummu Nasihah

22/10/2011

1.43pm Darul Furqan

Kini kembali

Bismillahirrahmanirrahim.

Sungguh berat rasanya tangan ini mahu menaip baris-baris ayat. sudah sangat sangat lama tidak update blog ni. rasanya sudah bersarang.

Hari ini entah kenapa terasa ingin menulis rasa hati. meniup habuk-habuk dan sarang labah-labah blog yang kian lama menebal dan menambah.

semakin hari, semakin terasa kehilangan beberapa akhawat yang pulang ke Malaysia ‘for good’. Hati ini tertanya-tanya bilakah pula giliran diri sendiri.. mungkin Allah lebih tahu di mana tempat diri ini boleh lebih mencurahkan jasa.. dan mungkin saya belum bersedia lagi untuk pulang ke medan. pedang belum tajam, senjata belum di siapkan, kereta kebal tak isi minyak lagi, baju perang masih tak siap jahit.. dan banyak lagi perkara yang belum selesai. atau adakah ini sekadar alasan.

bila diri ini mengucapkan selamat pulang kepada ukhti-ukhti yang pulang, jauh di sudut hati terasa sayu berbaur dengan rasa gembira. gembira kerana ukhti2 ini akan pulang ke medan sebenar.. kerana mereka telah bersedia, kerana mereka mampu, kerana itulah Allah telah takdirkan mereka pulang.. yang tinggal adalah kekuatan dzatiyah diri yang akan menolak mereka untuk teruskan amal dan istiqamah. kami yang disini juga harap-harapnya juga terus istiqamah.

Ah, terasa daif nya diri nak menyatakan perkataan istiqamah, apatah lagi perkataan thabat.

Banyak sungguh kelemahan diri yang tidak terganding dengan kelebihan diri yang sedikit. ikut hati, tidak mampu nak bersuara kerana sungguh kurangnya ilmu dan amal berbanding orang yg di depan. rasa ingin berdiam diri menghitung amal, mengkhatam kitab kuning, cuba memahami fikrah.. bertatih2 nak belajar apa erti dakwah… Tapi kewajipan itu takkan sekali kali jatuh selagi Islam ini tidak tertegak..  jadi, nak tak nak, ilmu yang sedikit itulah di kongsikan.. yang sedikit amal itu lah diteruskan dan di qudwahkan..  semoga itulah menjadi bekal.. amiin..

jangan lupa menasihati andai diri ini nampak kelam atau sunyi. jangan biar saya hilang..

-Ummu Nasihah

 

Ramadhan ini kami nantikan

Alhamdulillah..

Sudah berlalu satu ramadhan yang lepas (2009), kini Ramadhan 2010 kian menjelang.. alhamdulillah..

“Allahumma balighna Ramadhan..”amiin..

Ramadhan ini bakal menjadi ramadhan ke-2 Nasihah, ummu nasihah dan babah. Sebenarnya sangat2 menanti kedatangan Ramadhan kali ini.. kerana Ramadhan lepas terasa cepat benar berlalu tanpa dapat beramal sebanyak yang di inginkan..

InsyaAllah tahun ini azamnya, dan amalnya semakin bertambah, iA.. semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya, amiin..

Nasihah kini suda berumur 1 tahun 2 bulan.. gigi nya suda ada 11 batang termasuk 3 gigi geraham. Nasihah sudah bolehmenyebut ‘babah, baboom, mimi, mama, tata.. ” etc.. kini menunggu nasihah menyebut ummi.. -_- dan juga paling penting sebut Allahu akbar, alhamdulillah..

semoga Ramadhan kali ini mengajar ummi, babah dan nasihah erti kesabaran, erti kesyukuran, erti keimanan, erti ukhuwah, erti dakwah yang sebenarnya.. dan juga membawa kami mencapai ketaqwaan yang diinginkan oleh Allah.. amiin..

Doakan kami..