Buatmu serikandi cinta Allah

Buatmu Serikandi Cinta Allah

Assalammualaikum…

“KEPADA SI MAWAR IDAMAN,KU DOAKAN KAU MEKAR DITAMAN,DIAKARI RASA BERTUHAN,DIHIASI HARUMAN AKHLAK DAN IMAN,KERANA ITULAH UKURAN JELITANYA SEORANG WANITA,WAHAI TEMAN….”

Siapalah aku untuk menasihatkan dirimu “wanita akhir zaman” kerana aku jua sepertimu memiliki rasa yang sama dan fitrah semula jadi yang sama.Lemah lembutnya kita bukanlah diskriminasi PENCIPTA namun inilah tanda kasih sayangNya terhadap kita yang lemah…

Namun dalam kelemahan ada kekuatan yang tidak mampu ditandingi kaum gagah Adam.Allah titipkan hati yang rapuh kepada kita lalu dikuatkannya dengan peringatanNya dari karya agung yang tiada tandingan iaitu Al-Qur’an.Lemahnya kita kerana tidak mampu ke medan jihad namun digantikan tempat yang tinggi buat kita kerana dari rahim-rahim wanita solehahlah lahirnya mujahid-mujahid dakwah perjuang agama yang Haq..

Benarlah kata pepatah “Tangan yang menghayun buaian mampu menggegarkan seluruh isi dunia”Diperkemaskan lagi dengan hadith Nabi SAW yang bermaksud:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya:”siapakah yang paling berhak untuk aku berbakti?”jawab baginda:”Ibumu!”tanya lelaki itu lagi :”kemudian siapa?”jawab baginda:”Ibumu!”tanya lelaki itu:”kemudian siapa?”jawab baginda :”Ibumu!”tanya lelaki itu lagi:”kemudian siapa?”jawab baginda:”kemudian itu,bapamu!”(HR.Bukhari)

Namun ,tanpa kita sedari golongan kitalah yang paling ramai didalam neraka milik Allah…Inilah yang membuatkan terpanggilnya aku untuk berkongsi apa yang telah ku baca…kerana aku sendiri resah seandainya akulah salah seorang calon penghuni Neraka….kerana bukan mudah buat kita untuk menjadi Serikandi Cinta Allah tika kemodenan dan kepalsuan dunia membuatkan kita lemas didalamnya….

“Mampukah kita menjadi Serikandi Cinta Allah hari ini?”persoalan demi persoalan semua jawapannya ada pada kita berdasarkan panduan yang di tinggalkan oleh junjungan Besar kita Rasulullah SAW iaitu Al-Qur’an dan As-sunnah.

Siapalah kita untuk mengharap syurga Allah,namun sanggupkah kita menerima azab NerakaNya???

Setiap mukminin pastinya menyimpan hasrat yang besar ini memiliki manisnya nikmat Syurga Allah kerana inilah fitrah insani.Rasulullah SAW telah menjelaskan tentang perkara ini dengan sabdanya:

“Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah Fuqara (orang miskin) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita”(HR.Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain dari keduanya)

Continue reading

Advertisements

Benarkah kamu?

Benarkah kamu bersedia di zaman baru,

Menjadi Abid Allah, tentera Muhammad dan menjadi permata berlian menyinar cahaya dan agama ini?

Mana boleh, pelupuk matamu telah berat, buat menyambut cahaya subuh dengan takbir solatmu dan rintihan hidupmu,

Seakan-akan perangaimu telah turut tidur dengan pelupukmu,

Apakah bedanya cahaya siang dengan gelap malam, bagi org yang tidur berdengkur di tengahari.

Bukanlah Ramadhan tidak mengikut kemerdekaanmu, tidak memutarbelitkan kebudayaanmu.

Wahai umat bercakap terus teranglah, inikah yang namanya setia? Kepada sejarahmu yang lampau dari agamamu?

Wujudnya satu kaum adalah kerana wujud agamanya. Agama pada suatu umat adalah tulang punggung tempat ia berdaulat.

Kalau agamanya telah pergi..

Agamalah yang telah menyusun jadi satu barisan.

Kalau tidak ada sandar menyandar diantara bintang dan bintang, tidaklah terbentang suasana indah di langit. Maka bulanpun taklah akan sanggup memancarkan keindahan sinar.

— Iqbal —

Benarkah aku? mungkin patut aku kembali kepada asas..

Langitku hari ini tidak seperti semalam. langitku esok, takkan sama dengan hari ini. Bila di antara langit dan bumi, ada pertalian hamba dan pencipta, keindahan langit menjadi baharu, dengan setiap kelipan mata. Mari kita pandang langit dengan pandangan tajam, pandangan matahati dan pandangan akal.

seakan-akan pelita langit memancarkan cahayanya hanya pada aku,

benar aku rindu, rindu cahaya dan cinta.. alangkah bahagia, teringat gunung yg bertasbih bersama Daud- 34:10

Istimewa hidupku, andai dilimpahi cinta Pencipta alam yg indah ini.. keindahan alam, lambang Keindaahan Penciptanya.

Dan aku masih ingin memperbaharui pandanganku, kerana laut juga tidak seperti semalam. birunya berbeza-beza. hijaunya juga berbeza-beza. berbagai warna setiap ketika

Bahkan gunung juga seakan bergerak. tidak statik pada tempatnya.

Apakah yang canggung dengan ciptaan ini? mampukah aku bersengkang mata mencari kecanggungan, kepelikan, keretakan ciptaan maha hebat ini? Malu menusuk segenap bucu hati kerana aku juga seorang hamba dan makhluk ciptaan. Bukan datang sendiri, bukan muncul, tidak menetas tanpa ibu. Aku, adalah manusia yang penuh kekurangan.

Lalu kalam Allah menyelamatkan sangkaku.

“Mahasuci Allah yang menguasai (segala) kerajaan. Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun. Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu yang cacat? Kemudian ulangi pandanganmu, sekali lagi (dan) sekali lagi nescaya pandanganmu akan kembali kepadamu (tanpa menemui kecacatan) dan ia (pandanganmu) kembali dalam keadaan letih” Al-Mulk, 67: 1- 4

Kini aku boleh kembali ke tempat dudukku dengan tenang dan puas. Kerana esok, langit pasti akan ku tenung lagi!

— Mujahidahislam —

Untuk monolog pilihanraya Fussilat, sila click —> FUSSILAT

syurga.jpg

Kesetiaan Paling Memukau Dalam Sejarah

 “Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan darinyalah aku mendapatkan keturunan.”

Begitulah Rasulullah SAW menggambarkan kepribadian Siti Khadijjah r.a., istri
pertamanya. Seorang isteri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan diri
berkorban demi kejayaan Islam.

Siti Khadijah r.a. berasal dari keturunan terhormat, mempunyai harta kekayaan
yang tidak sedikit serta terkenal sebagai wanita yang tegas dan cerdas. Bukan
sekali dua kali pemuka kaum Quraisy berusaha untuk mempersunting dirinya.
Tetapi pilihannya, justru malah jatuh pada seorang pemuda yang bernama
Muhammad, pemuda yang terkenal sebagai seorang yang terpercaya (al-amin), yang
tak tergiur oleh kekayaan dan kecantikan Siti Khadijah r.a.

Siti Khadijah r.a. adalah wanita pertama yang beriman kepada Allah dan
Rasul-Nya. Ia banyak membantu dalam meneguhkan tekad Rasulullah SAW ketika
melaksanakan risalah dakwah. Ia senantiasa berusaha meringankan kepedihan hati
dan menghilangkan keletihan serta penderitaan yang dialami oleh suaminya, dalam
menjalankan tugas dakwah menegakkan kalimat tauhid. Inilah keistimewaan dan
keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber
kekuatan yang berada di belakang Rasulullah SAW.

Setia Kapanpun

Mari kita singkap kembali peristiwa yang sungguh mendebarkan jantung Rasulullah
SAW. Peristiwa itu ialah penerimaan wahyu yang pertama di Gua Hira.
Sekembalinya ke rumah, baginda berkata kepada isterinya yang tercinta,”Aku
berasa khawatir terhadap diriku.”

Siti Khadijah r.a. berusaha menabahkan hati suami yang ditaatinya dengan berkata,
“Wahai kakanda, demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakanmu karena sesungguhnya
kakanda adalah orang yang selalu memupuk dan menjaga kekeluargaan serta sanggup
memikul tanggungjawab. Dirimu dikenali sebagai penolong kaum yang sengsara,
sebagai tuan rumah yang menyenangkan tamu, ringan tangan dalam memberi
pertolongan, senantiasa berbicara benar dan setia kepada amanah.”

Apakah ada wanita lain yang dapat menyambut sedemikian baik peristiwa
bersejarah yang berlaku di Gua Hira seperti yang dilakukan oleh Khadijah kepada
suaminya? Apa yang dikatakan oleh Khadijah kepada suaminya pada saat menghadapi
peristiwa besar itu menunjukkan betapa besarnya kepercayaan dan kasih sayang
seorang isteri kepada suami. Sedikit pun Khadijah tidak merasa ragu-ragu atau syak
di dalam hatinya. Persoalannya, dapatkah kita berlaku demikian?

Siti Khadijah r.a. merupakan wanita kaya dan terkenal. Ia bisa saja hidup
bermewah-mewah dengan hartanya sendiri. Namun, semua itu dengan rela
dikorbankannya untuk memudahkan tugas-tugas suami. Hal ini jelas menunjukkan
beliau merupakan wanita yang mendorong kemajuan pahlawan umat manusia,
melindungi pejuang terbesar dalam sejarah dengan mewujudkan kedamaian dalam
kehidupan rumahtangga. Sikap inilah yang menjadi salah satu sumber kekuatan Rasulullah
SAW sepanjang kehidupan mereka bersama.

Setia Dimanapun

Mari kita teliti, fahami serta hayati beberapa gambaran kesetiaan Khadijah yang
telah membina kekuatan pada diri dan kehidupan penegak risalah Islam itu.

Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah SAW, Siti Khadijah begitu setia menyertai
baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira,
ia pasti menyiapkan semua bekal dan keperluannya. Seandainya Rasulullah SAW
agak lama tidak pulang, ia akan datang menengok untuk memastikan keselamatan
sang suami. Sekiranya Rasulullah SAW khusyuk bermunajat, beliau tinggal di
rumah dengan sabar sehingga suaminya pulang. Apabila suaminya mengadu kesusahan
serta berada dalam keadaan gelisah, sekuat diri ia menenteramkan dan menghiburkan
hati suaminya sampai-sampai diliputi ketenangan. Setiap ancaman dan
penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan
Rasulullah SAW, Siti Khadijah r.a. Dipastikan selalu ada bersama dan membantu
baginda dari mulai hal kecil seperti menyediakan air untuk mengambil wudu.

Kecintaan Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya yang
jelas adalah berlandaskan keyakinan yang kuat tentang keesaan Allah SWT. Segala
pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keridlaan Allah SWT.
Allah Maha Adil dalam memberi rahmat-Nya. Setiap amalan yang dilaksanakan
dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang kekal. Itu termaktub dalam
firman-Nya :

“Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki maupun wanita dalam keadaan
beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan
sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih
baik daripada apa yang telah mereka kerjakan
” (Q.S. An-Nahl: 97)


Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Siti Khadijah r.a. bukan sekadar
menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah SAW,
malah membawa berkah yang besar kepada rumah tangga mereka berdua. Anak-anak
yang lahir juga adalah anak-anak yang saleh. Keturunan Rasulullah SAW merupakan
insan yang senantiasa taat melaksanakan perintah Allah SWT. Semua ini
menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.


Wahai muslimah, sekarang adalah masa untuk kita hidupkan kembali hakikat ini dalam kehidupan kita. Semoga kekuatan Islam akan kembali menaungi kehidupan setiap insan

 

Pasangan menghormati Perjuangan

Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami dari pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami yang menjadi penyejuk mata hati kami. Dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa” Surah Al Furqan: 74


Di dalam membawa perjuangan Islam di tengah-tengah masyarakat yang tenggelam dengan berbagai nilai dan pengaruh asing, maka para pendakwah harus menginsafi bahawa institusi keluarga merupakan kubu dan markaz operasi yang sangat penting.

Bila kita menyebut perkataan “keluarga” maka janganlah digambarkan ianya adalah rumah yang kemas, kereta yang selesa, barang-barang perhiasan yang menyerikan dan seumpamanya. Bahkan hakikat sebenar “keluarga” ialah pasangan suami isteri dan seterusnya anak-anak setelah mana pasangan suami tersebut dikurniakan Allah zuriat. Suami dan isteri seharusnya memastikan bahawa mereka berdua adalah merupakan kubu dan markaz operasi Dakwah ke dalam masyarakat. Untuk mencapai peranan ini, perkara-perkara berikut hendaklah diambil perhatian dalam membentuk keluarga :

1- Suami atau isteri sebelum melangsungkan perkahwinan hendaklah terlebih dahulu dibentuk atau didik dengan didikan Islam yang baik. Ini termasuk memahami Islam dan menghayatinya di dalam seluruh aspek kehidupan, memahami bahawa dia ditugaskan oleh Allah swt untuk membawa Risalah Islam ini bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga keluarganya yang akan dia bentuk nanti seterusnya kepada umat sejagat di muka bumi.

2- Ketika diambang perkahwinan, bakal suami dan bakal isteri yang sedang mencari jodoh harus memahami bahawa keluarga yang bakal dibentuk adalah merupakan anak tangga yang penting untuk melangkah seterusnya menuju pembentukan negara dan khilafah yang diredhai Allah swt. Hanya pasangan yang memahami dengan pemahaman yang akan nanti berperanan menyokong dan mendokong perjuangan pasangannya. Tatkala ramai pejuang Islam di Mesir dipenjarakan di zaman Presiden Jamal Abdul Naser termasuk Asy-Syeikh Mustafa Masyhur, isteri beliau sering mengingatkan anak-anaknya bahawa ayah mereka dipenjara kerana aqidah dan perjuangannya, sambil tidak menunjukkan kesan sedih atau kecewa di atas dugaan yang berlaku. Dalam ketiadaan pencari nafkah kerana dipenjara, isteri Mustafa Masyhur sempat menggembirakan anak-anaknya di Hari Raya dengan menjahit baju-baju Raya untuk mereka dari kain yang diambil dari langsir tingkap dan sarung kusyen di rumah! Demikian salah satu contoh mereka yang memahami erti perjuangan dan kepentingan keluarga dalam melalui jalan Dakwah ini.

3- Perjuangan adalah lebih penting dari keluarga. Namum pejuang Islam adalah lebih cemerlang dalam mengemudikan keluarganya berbanding dengan orang lain yang tidak berjuang. Selepas ditabalkan menjadi raja sehari, Asy-Mustafa Masyhur berkata kepada si isteri yang baru dikahwininya bahawa dia adalah isteri yang kedua. Dia sebenarnya telah berkahwin dengan isteri pertama yang sangat disayanginya dan tak mungkin akan berpisah dengannya. Dia harap agar isteri kedua yang baru dikahwini ini tidak akan cemburu terhadap isteri pertama tersebut yang telah dikahwini sejak sekian lama. Isterinya bertanya, “Siapakah dia?”. Mustafa Masyhur menjawab, “Isteri Pertama itu ialah Dakwah Ilallah (Perjuangan Menegakkan Agama Allah)”. Isterinya menjawab,”Isteri Pertama itu adalah tuanku dan aku adalah khadamnya”. Walaupun Dakwah mendapat tempat terpenting dalam hati mereka melebihi keluarga namum kebahgiaan dan kejayaan mewarnai keluarga yang dibina. Setelah 51 tahun hidup bersama, akhirnya si isteri meninggalkan suami yang dikasihi di dunia yang fana ini pada tahun 1996, dan si suami menyusul kemudian menuju kepada yang dirindui pada tahun 2004.

4- Pilihlah pasangan berdasarkan agamanya, bukan sekadar rupa paras, harta dan kedudukannya. Agama bermakna ilmu fardhu ain, akhlak, semangat juang, pengalaman, sikap, matlamat hidup dan sebagainya dari kualiti-kualiti dalaman diri bukan luarannya. Kualiti luaran seperti rupa paras, harta dan kedudukan akan pupus atau berkurangan dan membosankan di hari muka tetapi kualiti dalaman akan kekal bahkan bertambah lalu meningkatkan seri dan harmoni dalam rumahtangga. Kualiti dalaman akan memberi kesan mendalam kepada anak-anak dalam membentuk keperibadian mereka.

Berapa ramai yang kita lihat memiliki rupa paras, harta, dan kedudukan tetapi ianya sedikitpun tidak membantu dalam mengutuhkan institusi rumah tangga mereka. Hutang keliling pinggang, anak-anak meliar dan terjebak di dalam berbagai masalah sosial, tiada keharmonian dan kepuasan hati walau rumah besar dan perhiasan memenuhi ruang dan dinding. Ada koporat yang terpaksa makan sebiji pil tidur setiap malam sedang isteri makan setengah pil yang sama dan anak-anak bermacam-macam ragam yang merunsingkan.

Bukan contoh hanya terhad kepada mereka yang kurang memahami dan menghayati Islam dan bentuknya yang syumuk dan lengkap, tetapi juga mereka yang pernah atau sedang terlibat di dalam Dakwah Islam juga adakalanya tidak terkecuali dalam menghadapi masalah yang sama. Masalah pengendalian rumah tangga, pendidikan Islam anak-anak dan sebagainya sehingga ke tahap tidak ada beza diantara keluarga duat (para pendakwah) dengan keluarga mad’u atau awam (masyarakat yang didakwahkan). Kesannya, pasangan tidak memahami dan adakalanya menghalang secara langsung atau tak langsung aktivisma pasangannya dalam perjuangan umat, anak-anak tidak berminat menyertai aktiviti-aktiviti tarbiyah yang diatur kecuali jika dipaksa atau diajak berulangkali, anak terlibat dalam gejala sosial dan sebagainya.

Diantara masalah pasangan ialah tidak sepakat dalam merancang masadepan anak-anak, pemilihan sekolah anak-anak (samada sekolah Islam, sekolah agama, sekolah biasa, sekolah swasta, sekolah kerajaan dsb), budget bulanan (samada untuk yuran pendidikan dan tarbiyah anak-anak atau tukar kereta baru atau tambah bahagian rumah yang baru), jenis pakaian anak-anak terutama anak-anak perempuan, hobi anak-anak dan pasangan sendiri yang boleh memberi kesan langsung atau tak langsung kepada persekitaran keluarga dan sebagainya.

Mudah-mudahan sedikit tulisan ini dan tulisan-tulisan seterusnya akan membantu kita memimpin dan melayari kehidupan rumahtangga Islam yang berjaya. Sekian, terima kasih.

Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah
Naib Presiden ISMA 2007-2009