rusty

Assalamualaikum..

wah, sangat lama tak menjenguk blog ini. rasanya sangat rusty dan berhabuk. entah kenapa harini, sambil2 tunggu nasihah bangun, rasa nak menulis sepatah dua.

Now Nasihah is 7 months ++, and she got 1 tooth, and she can crawl now, although not very far away, but yes, crawling and doing all those cute stunt I never thought she would do ^_^. haha mother’s amazement. Alhamdulillah, Allah has given me everything I need, not everything I want.. alhamdulillah.. now I’m in my final year of Medicine. It felt just like yesterday when I left Nasihah with Babah almost everyday to go out and study and when at night, Neksah came by and we study again while playing with Nasihah.. just like yesterday.. but Allah has granted our du’a, I don’t know what else to ask apart from Allah’s paradise along with my hubby and Nasihah.. may Allah grant this wish.. amiin.. but paradise, comes with all the price.. remember to pay before you enter, not once broken consider sold!

Now being a housewife for almost 3 weeks ( i think), feel like a pro! haha, joking. not close. but alhamdulillah.. still learning. I guess this would be a part of tarbiyyah, where I learn to manage all those free time.( Free? think twice my dear).

Ok time to get back to work. Hope Allah make today better than yesterday and tomorrow better than today, amiin.

-ummu Nasihah-

Advertisements

pasti akan berakhir nanti..

Assalamualaikum wbt..

Sedikit kalam dari yang lemah, tak tahu dan dhaif.

Dalam nak exam dan dalam kesibukan seharian ini, sempat pula sy membaca blog-blog dan tulisan-tulisan. Luahan hati sahabat sahabat. . entah kenapa rasa juga diri ini membicarakan isu yang sedang hangat diperkatakan. Jauh di sudut hati, kata-kata ini yang terlintas ” kenapa isu ini lagi..? ”

lenguh juga membacanya,dan juga lenguh otak ini memikirkannya. namun harap-harapnya hati ini masih tidak lenguh mengharap petunjuk dari yang Esa, masih tidak lenguh berhusnu zahn dengan manusia.

walau apa isu, walau apa tuduhan, walau apa perasaan, namun yang di dalam pastinya lebih tahu apa yang sebenarnya. bagi saya, tak perlu di tolak tuduhan, tak perlu defend diri sendiri kerana tiada kekecewaan untuk meneruskan amal ini, tiada keraguan di situ terhadap manhaj ini. tiada. namun tak dinafikan, yang di dalam hanya manusia, kata-katanya boleh di tolak dan diterima. mungkin ada silap dan mungkin ada khilaf. Namun yang pasti manhaj Ilahi tak pernah berubah, dari zaman Rasulullah saw sehingga kini. berpeganglah pada yang itu, pada al-quran dan sunnah, pasti tidak sesat sehingga hari kiamat. yang perlu di tatap adalah keikhlasan di dalam hati. kau buat kerana orang atau kerana Allah? klau kerana orang, berlatah-latahlah bila ada org mengata. berpinar-pinarlah mata bila ada org merenung. Tapi kalau kerana Allah, hanya Dia yang berhak menegur, hanya Dia yang berhak membalas dan menghukum apa yang terdetik dalam hatimu..

Kalau mahu tanyakan akal, pasti akalku menafikan, mahu defend dan menjawab semuanya. Mahu aku tanyakan, kalau di ajak kamu mahu datangkah? mahu kamu buang khilafmu, syubhat mu? ..tapi adakah berubah situasi disini? adakah akan berakhir semuanya? tidak!! kerana suara pasti masih berkata-kata, akal masih akan berfikir, nafsu pasti akan masih menggoda.. ini fitrah manusia, bukan?

oleh itu, aku memilih utk diam, memfirasati hati dan diri sendiri. tak guna firasati manusia dalam soal ini. .

Kerana nun jauh di sana, aku pasti, semua ini, pasti akan berakhir nanti, di saat segalanya berakhir.. insyaAllah.. amiin.

All the best utk exam bagi yang exam! doakan aku..

wassalam..

 

Raya pertama bersama Nasihah

Alhamdulillah..

Raya kali ini memang sangat-sangat berbeza.. ini adalah kali ke-6 sy beraya di perantauan.. Namun kali ini, ada perbezaan yang sangat ketara, raya ini saya beraya bersama zauj dan anak pertama, Husnun Nasihah.. pengalaman yang sangat indah dan bahagia.

walaupun Nasihah takde baju kurung utk beraya, namun dia tetap menggayakan baju moden yang di beli oleh ummi dan babah sempena mengimarahkan raya aidilfitri kali ini. ^_^ nasihah baru sahaja masuk 3 bln, dan dia sudah sangat tembam. belum lagi di suap makanan lain selain susu. herm.. xpe, alhamdulillah, yang penting Nasihah sihat dan hepi.

Bila teringat yg Nasihah sebenarnya semakin hari semakin besar.. tergambar pula banyaknya tanggungjawab sebagai ibu untuk menjaga, memberi kasih sayang dan mendidik Nasihah supaya menjadi anak yang solehah, amiin.. tidak tahu samada mampu atau tidak utk memberikan pendidikan Islam yang sepatutnya dia dapat dlm kehidupan seharian tetapi sy akan cuba yang terbaik, iA, di bantu oleh zauj dan juga sahabat2 di sekeliling, insyaAllah.

ummi dan babah akan sentiasa doakan Nasihah menjadi anak yang solehah, dan mujahidah dakwah suatu hari nanti, amiin.. dan juga menjadi menyejuk mata menenang di hati ummi dan babah, juga menjadi anak yang mendoakan kesejahteraan kami sentiasa sampai ke negeri abadi.. amiin..

Kehadiranmu

Alhamdulillah. Setelah lama tenggelam dalam kesibukan sehingga nak menceritakan tentang kesibukan pun xsempat, akhirnya saya sempat juga menulis di blog ni.. rasanya dah lebih 2 bulan blog ini tak berpenghuni. Sedih juga rasa bila membuka blog tapi xsempat nak menulis ni. Tapi Alhamdulillah, apa-apa pun, semoga hari-hari di hadapan menjanjikan suasana yang lebih baik dan semoga bertambah iman dan amal, insyaAllah..

Tanggal  11 June 2009, Mujahidah pertama kami, Rozanizam Zakaria dan Siti Nor Suzeana Mustfar, selamat di lahirkan pada 1.50ptg di room 13, Women’s and Children’s Hospital, Adelaide.  Setelah 39 minggu di dalam kandungan, mujahidah kami, Husnun Nasihah Rozanizam selamat di lahirkan secara normal without much complications, weighing 3.24 kg.

Alhamdulillah, Kurniaan yang tidak terhingga dari Allah kepada kami sekeluarga. Sememangnya sebelum ini tidak tergambar di fikiran, bagaimana seorang ibu melahirkan anaknya (walaupun dah tengok tapi x dapat nak merasai sebenar-benarnya) dan bagaimana pengorbanan ibu menjaga anaknya sehingga dewasa.. dan akhirnya, setelah kelahiran Nasihah, dapat juga merasai perasaan seorang ibu yang sangat besar pengorbanannya membesarkan anak-anak. Thanks Ma, a lot for everything. Although I know that I can’t possibly pay anything, I hope that Allah will give the best for you in this world and hereafter, amiin. Thanks to Mak juga for bringing up the one that I love, my Zauj.

At first, I can barely cope with all the lists of things to do every day. It seems forever to finish everything not to mention sleeping less than 3 hours at night plus aching here and there plus trying to get tune to breastfeeding including the ‘side effects’ plus the ‘after taste’ of deliveries.. no wonder Mom is the first one that you have to love apart from your husband, of course.

And now, I’m so glad to have Nasihah. Alhamdulillah.. we are so happy. ^_^

DSC00897

Sekarang tanggungjawab semakin bertambah.. sebelum ini tanggungjawab meningkatkan diri dan memperbaiki diri di samping mengurus rumahtangga sekarang telah bertambah lagi satu tanggunghjawab yang juga amanah yg besar iaitu mendidik anak. InsyaAllah.. ummi akan cuba sedaya upaya yg terbaik utk mendidik Nasihah supaya menjadi anak yang solehah, iA.. semoga Nasihah akan jadi mujahidah solehah ummi penyejuk mata penawar di hati, amiin.. ‘

Kini tiba lagi Ramadhan  yang kami tunggu-tunggu.. insyaAllah semoga Madrasah Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya dengan kehadiran Nasihah bersama kami kali ini.. insyaAllah.

sebuah kesyukuran

Alhamdulillah..

Entah kenapa satu sesuatu itu yang dianggap sangat sikit nilainya, rupanya memberi satu erti yang berlipat ganda nilaiannya. Bagaimana aku menilai sesuatu rupanya sangat jauh dari neraca nilaian Allah.. Sungguh aku lupa,  lupa yang Allah Maha mendengar dan Maha Memberi.

“Berapa banyak disebut dalam Qalam Allah, Allah akan tetap menghitung amalan hatta sebesar biji sawi. sungguh aku lupa..(Luqman berkata): “Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui” 31:

Alhamdulillah..

Semoga kesempitan dunia diganti dengan keluasan akhirat, amiin..

Semoga hari-hari mendatang menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. sedang sabar menunggu..

Amalan semasa mengandung

1_459088509l

Amalan-amalan semasa mengandung: dari buku 3000 nama-nama indah dan tips amalan ibu mengandung dan pedoman melahirkan anak pintar.

SEGI ROHANI DAN JIWA

1) Perbanyakkan bertaubat dan beristighfar:

· Firman Allah yang bermaksud: “ sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat..” al-baqarah: 222

· Doa memohon ampun dari dosa:

“ Ya Tuhan kami, sesungguhnya siapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka orang itu telah Engkau hinakan dan tiada penolong bagi para penzalim. Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mendengar seruan supaya beriman; ‘berimanlah kamu kepada Tuhanmu’. Maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa2 kami dan matikan kami berserta orang2 yang berbuat baik. Ya Tuhan kami, dengan apa yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji” (Ali-imran: 192-194)

· Sayyidul istighfar utk keampunan dosa (dlm mathurat):

Maksudnya: “ Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku. Dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa) Mu dan aku terikat dengan perjanjian dengan Mu sekadar yang terdaya. Sesungguhnya aku berlindung kepada Mu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui menerima nikmat yang Engkau kurniakan setiap masa kepadaku, walau pun aku berdosa kepada Mu. Oleh itu ampunlah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang, hanyalah Engkau”.

2) Berpuasa sunat:

· Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnua seminggu 2 kali atau sehari pada hari isnin dan khamis atau salah satu hari-hari berkenaan atau sebulan pada hari2 putih (13,14,15 bulan hijrah)

3) Tidak bercakap yang sia-sia:

· Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap sesuatu yang sia-sia terutamanya yang boleh mendatangkan dosa sebaliknya membasahi lidah dengan berzikir, bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.

· Seperti kisah Nabi Zakaria a. s ketika isterinya mula mengandung anaknya Nabi yahya a.s. Nabi zakaria di bisukan oleh Allah selama 3 harim bertujuan mendidiknya agar tidak bercakap yang sia2. Selama 3 hari itu ia menghabiskan masa dengan berzikir dan bertasbih serta bertahmid pagi dan petang.

4) Banyak membaca al-Quran:

· Ibu imam Syafie, ketika mengandungkan Imam Syafie sentiasa membaca al-Quran terutamanya surah al-Fatihah dan surah Yasin. Sewaktu membaca, ibunya menyeru anaknya supaya memahami apa yang di bacanya. Tidak hairanlah, Imam Syafie boleh menghafal al-quran 30 juzu’ sejak umurnya 7 tahun, kerana sejak dalam kandungan lagi ia telah belajar al-Quran.

· Antara surah2 yang di galakkan membaca ketika mengandung ialah:

i. Surah al-Fatihah

ii. Surah Maryam

iii. Surah Luqman

iv. Surah Yusuf

v. Surah Hujurat

vi. Surah Yasin

vii. Surah At-taubah

viii. Surah an-Nahl

5) Banyak berdoa:

· Sentiasalah berdoa agar Allah kurniakan anak yang soleh/solehah. Sekurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus untuk ibu yang sedang mengandung seperti:

i. Doa di baca setiap hari:“ Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandunganku dan sembuhkanlah segala penyakit. Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan tiada sembuhan melainkan dengan penawar-Mu . ya Allah, lahirkanlah dari kandunganku ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah anakku ini sihat dan sempurna, cerdik, berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah, elokkanlah perangainya, fasihkanlah lidahnya dan merdukanlah suara untuk membaca al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad saw”.

ii. Doa memohon rahmat Allah:

“Ya Tuhan kami, janganlah jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau beri petunjuk dan kurniakan kepada kami rahmat di sisi Engkau, kerana Engkaulah Maha Pemberi. Ya Tuhan kami, sesungguhnya engkaulah yang akan mengumpulkan manusia di akhirat untuk pembalasan, yang mana hari itu tiada keraguan lagi. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji” (surah Ali- Imran: 8-9)

iii. Doa agar mendapat anak soleh/solehah:

“ya Tuhanku, berikanlah kepadaku seorang anak yang soleh. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar permohonanku” (Ali-Imran: 38)

· Kepentingan anak soleh kepada sesebuah keluarga adalah sangat penting, kerana doa anak yang soleh sebagai penyambung pahala setelah ibu bapa meninggal dunia.

· Sabda Nabi SAW, maksudnya “Apabila mati seseorang itu, terputuslah amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah, ilmunya yg di manfaatkan orang dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan untuk kedua ibu bapa mereka” (hadith Riwayat Muslim)

iv. Doa ketika menanti saat hampir bersalin:

· Ketika hampir bersalin atau sedang menunggu waktu bersalin, para ibu janganlah asyik risau atau menjerit kesakitan, tetapi eloklah di gantikan dengan wirid atau zikir atau doa. Sebaik2 doa dan wirid adalah seperti di bawah:

o Maksudnya: “Sesungguhnya tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah termasuk orang yang sentiasa menzalimi diri” (Al-Anbiya: 87)

o Selanjutnya bacalah ayat kursi, surah al-ikhlas, surah Al- Falaq, An-Nas, berulang-ulang kali sehingga bersalin.

v. Doa setelah selamat/selesai bersalin:

“Aku memohon perlindungan dengan kalimat Allah yang sempurna daripada semua syaitan-syaitan dan binatang2 yang berbisa dan daripada pandangan mata jahat”

vi. Doa untuk menghilangkan lemah-lemah dan sakit selepas bersalin:

“Ya Allah, sesungguhnya aku ini lemah, kuatkanlah aku. Sesungguhnya aku ini hina dan muliakanlah aku. Aku miskin dan berikanlah aku rezeki”