refleksi

Bismillahirrahmanirrahim..

Ku sapu sawang-sawangnya yang berserangkai, ku tiup habuk-habuk yang menebal, ah blogku.. sudah lama tak menjenguk kemari. Entah apa yang menolakku hari ini untuk kembali menulis. Walau mungkin ini antara 1 entry yang akan aku tulis untuk tahun ini, tapi biarlah, biarlah aku mulakan dengan satu. Semoga yang satu ini akan menjadi dua, yang dua menjadi tiga dan seterusnya..

Tutup buka mata, puteriku Nasihah, kini sudah berusia 2 tahun 8 bulan. Alhamdulillah, segala yang sukar sebelum ini, sudah menjadi mudah.. tiada lagi bangun malam setiap sejam untuk menyusukan dia, untuk menyalin lampin, bersengkang mata mendodoikan si kecil yang menangis tak tahu kenapa.. Nasihah kini sudah tidur di bilik sendiri, bangun hanya pada siangnya, lebih kurang jam 6pagi.

Banyak yang telah berlaku lebih setahun ini.. aku kini sedang menjalani latihan menjadi seorang suri rumah yang berjaya. Ah, tak kusangka susah juga menjadi suri rumah. Kadang-kadang terasa ingin kembali bekerja semula. Sewaktu bekerja, mahu jadi suri rumah, sudah jadi suri rumah, mahu bekerja kembali.. beginilah manusia.. tak pernah puas atau cukup. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana Allah memberi aku satu peluang untuk menjalani tarbiyyah ini.. tarbiyyah rumah. Memang cukup tinggi demand kepada suri rumah seperti aku, tidak seperti masa bekerja dulu.. ibaratnya, kerja-kerja rumah tak pernah kehabisan, makanan kepada suami tercinta harus sentiasa siap, rumah sentiasa kemas, baju kene sentiasa berlipat, berbasuh, berjemur, ber’iron’, lantai sentiasa vaccum, anak terjaga, bilik air sentiasa wangi dan macam-macam lagi.. oh dilemma seorang isteri.. Namun aku bersyukur kepada Allah, kerana dikurniakan suami yang sangat-sangat memahami.. masak pun pandai🙂 Aku sangat-sangat beruntung..

Kami kini juga sedang menanti kedatangan seorang mujahid yang kini sudah hampir 8 bulan berada di dalam kandungan.. Nasihah nak dapat adik sudah. Terimbau kembali kini masa-masa susah membesarkan seorang Nasihah.. tapi aku tersenyum sendiri kerana, kesusahan itu sudah hampir terlupa/terubat kerana mendidik ana ini adalah suatu amanah dan tanggungjawab yang telah Allah kurniakan kepada manusia.. menjadi satu ibadah yang sangat-sangat tinggi nilai nya di sisi Allah untuk mendidik anak-anak ini menjadi insan yang bertaqwa.. amiin.. semoga Allah beri kemudahan kepada kami..

Belum ku kira lagi, tarbiyyah setahun menjadi seorang doktor pelatih (intern) di Lyell Mc Ewin Hospital. Telah ku merasa tidak makan tengahari dan petang, tidak dapat duduk berjam-jam, tidak dapat ke bilik air berjam-jam, di marah oleh keluarga pesakit, di marah oleh nurse, di marah oleh registrar dan banyak lagi pengalaman-pengalaman pahit.. Pengalaman manisnya adalah lebih hebat dari pengalaman pahit itu.. tak tertulis rasanya di entri ini.. insyaAllah akan aku coretkan sepatah dua di entri yang lain..

Hmm, terasa ringan pula kepala setelah berjaya menconteng sedikit di blog bersawang ini..

sehingga bertermu untuk refleksi lagi.. insyaAllah..

2 thoughts on “refleksi

  1. stakat ni xbising pun. mereka sgt memahami. lgpun ni hanyalah sementara. iA next year akan start keje balik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s