Mari singkap history Anzac Day

Kalau di ulas lagi, mungkin takkan memberi mesej yang sama.. jadi sy linkkkan je page ini utk kita sama2 melihat dengan mata Hati.. kite tgk En fussilat / akh ihsanist Blog.

Advertisements

Adakah hanya ujian..

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamuBibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu


Rahmat Ujian
Munsyid : Mestica
Mungkin hati itu belum cukup kukuh. mungkin hati itu belum utuh. kerana itulah air mata yg keluar masih bersisa..
Dalam setiap pengharapan, setiap manusia akan sentiasa mendoakan kebahagian, kesenangan, ketenangan, kemudahan, kejayaan, masa yang banyak, hari-hari yg indah, sahabat yg setia, tarbiyyah yang mantap, dakwah yg berjaya.. dan mungkin banyak lagi. Dan pasti tiada siapa akan mendoakan supaya dikurniakan ujian utk dirinya. diberi kesusahan, diberi kegagalan.. tiada.
Dan mungkin banyak hati akan remuk, bila yang datang hanya kesusahan, kegagalan dan penderitaan. kejayaan dan kemudahan yang ditunggu-tunggu tidak juga muncul..
Namun, mungkin ada yang tidak sedar, disebalik ujian ini, ada satu tarbiyyah yang indah dari Pencipta diri.
kerana hanya Allah, Pencipta manusia, Pemilik seluruh alam, langit dan bumi dan apa yang ada diantaranya, hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk manusia..
“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar” 3:142
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar” 2:155
“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu ujian sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat” 2:214
Dan di situ Allah mengingatkan orang-orang yang beriman supaya sentiasa sabar.. dan solat, dan menjadikan keduanya sebagai penolong, yakni jalan untuk mendapat redha dan pertolongan dari Allah.
“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar” 2:153
hati itu mungkin terlalu rapuh. kadangkala terlupa akan hakikat ini, kerana itulah, hati itu juga perlukan peringatan, teguran dan kata-kata semangat. Dan sungguh! tiada yang lebih bermakna dari peringatan untuk kembali kepada Allah.. ‘ma fi qalbi ghairullah” tiada di hatiku melainkan ALLAH. tiada di hatiku melainkan Allah..
Lalu pergilah sekeping hati itu, bersama jasadnya, menghadap Tuhannya.. Allah SWT. Kerana hanya di situ ada pengharapan.. tiada lagi tempat berharap. kerana ke situ juga dia akan kembali satu hari nnti.. mungkin kehidupan dunia, penat baginya, kerana hanya akhirat itu yang abadi. syurga, yang mengalir dibawahnya sungai2, air minum khamar murni yang dilak, duduk di atas dipan dipan, bidadari-bidadari syurga yang bermata jeli, remaja dan jelita. mungkin itu yang menarik hatinya. bila ruhnya dimasukkan kedalam seekor burung, dan terbanglah ia sebebas-bebasnya.. bebas dari belenggu kehidupan dunia yang sempit dan hina..
Dan dia merindui syurga.. siapakah yang mahu menemaninya ke syurga? adakah sesiapa? kamu? mahukah kamu? sanggupkah? bukankah jalan ke syurga itu payah? bukankah harganya mahal? jalan yang tidak ditaburi karpet merah, tidak ditaburi bunga.. mahukah kamu?
lalu aku mahu tanyakan lagi, aku tidak peduli, mahukah kamu menemaniku ke syurga?
[ mujahidah islam ]
3.40pm

kau punya memori?

sepagi entah kemana perginya waktu aku. mungkin di dapur, di laundry dan di depan komputer.

Teringat perbualan malam tadi dengan seorang ukhti. sahabat perjuangan. katanya, dia sedih, di sana, negeri itu, suasananya berbeza skali. sedikit sebanyak aku mengerti. katanya lagi, mungkin sama, tapi ruhnya berbeza. saat mendengar itu aku jadi takut. takut dan bimbang utk pulang ke negeri itu. sudah lama kutinggalkan. sebulan dua pulang menjenguk tidak begitu menunjukkan bahang dan onak negeri itu. Tapi mampukah aku di saat pulang selamanya? selama rezeki ku masih di bumi maksudku.

Ada persoalan dlm benakku. kau punyai memori? aku ada. Memori yg tak mungkin lupus dari ingatan. Saat aku mula menjejak kaki di bumi gersang ini. tanpa kenal sesiapa, aku dan beberapa lagi sahabat di sambut oleh muka-muka ceria. Saat itu, segalanya bermula. Teringat saat kami nakal-nakal. saat lari-lari. saat blurr-blurr. semuanya masih jernih dan segar di ingatan. Bilakah aku kenal risalah ini? Bilakah mulanya? aku sendiri tak pasti. Kerana ia jawapan sebuah hati. Namun aku masih ingat saat mana hati aku mula di buka dan diketuk. mula di isi dengan cahaya. jiwa yg dahulunya gelap, tak tahu ape erti hidup, aku mula hargai beberapa tahun ini sebagai saat paling bermakna selama aku hirup udara bumi. Kerana hidup sebelumnya, amat selekeh dan tak bermakna. Kerana saat itu, aku tak kenal risalah ini.

Teringat saat mula merangkak.. saat mula bertatih, kami jatuh bersama. nangis bersama. ikatan hati kami kukuh.. saat ini, aku rindukan kamu. T_T ya kamu! Saat aku jatuh, ada yang menarik kembali tanganku. saat duka dikongsi, gembira dirai. Dan aku tak mahu risalah ini, hanya aku yg tahu. aku bukan selfish. aku mahu berkongsi bersama kamu. ya kamu!

Berapa ramai sahabat, seorang demi seorang meninggalkan aku dibumi gersang. tinggal beberapa kerat yang masih setia, menghulur bakti di bumi ini. seorang demi seorang aku hantar dengan air mata. dengan harapan, nnti pulangku, kita masih bersama. bersama memegang amanah ini. kerana aku tahu kamu takut jatuh. kamu takut hilang. dan aku juga begitu. Ingatkah kamu saat kita di asak di satu tempat, di latih menjadi lasak. di ajar setia, di ajar strategi, di ajar percaya. bukan utk sia-sia. utk melatih kita, ke medan yang lebih payah dan susah. di bumi hijau itu. bukan di sini. kerana di sini, bukan medan kita. bukan badr dan uhud kita. Pulangku nanti, sudikah kamu terima aku lagi? seperti kataku, walau di mana, perjuangan kita tetap sama.. tapi medannya berbeza.

Sudahkah aku khabarkan yg aku kini punyai teman baru? dia bukan kita-kita. dia berbeza. sedikit sebanyak dengan adanya dia, aku sudah tidak sedih lagi memikirkan sahabat2 yg sudah meninggalkan bumi ini. dengannya aku tak punya memori seperti dengan kamu. Tapi hari-hari mendatang, jelas menjadi memori juga utk aku dengan dia. Tapi memori ini mungkin berbeza. Tapi harapnya, ruh dan risalahnya tetap sama, insyaAllah.

Dan mahukah kau, aku tanyakan lagi? kau punya memori? aku ada.

-m.u.j.a.h.i.d.a.h.i.s.l.a.m- 12.10pm 13/4/08


resah jiwa

Terkadang bila yang gelap mendatang, jiwa mula dirundung resah. Di saat itu, mulalah keluar kata-kata untuk meluahkan rasa pedih di dalam jiwa. Ibarat tiada lagi tempat untuk bergantung. Sungguh, waktu itu, syaitan akan mula memasukkan jarum-jarum derhaka dan ketidakpuashatian. Jiwa yang sudah gelap dan resah akan dilingkari sangkaan- sangkaan. Su’u zohn- su’u zohn. Namun jiwa yg ada sedikit garis cahaya yg samar-samar, meminta untuk kembali. Kembali kepada Tuhannya. Kerana hanya di situ ada ketenangan. Di situ ada pengharapan. Disitu ada cahaya yg akan menerangi hati dan jiwanya yg kini kering. Kering minta dibasahkan dengan air mata pengharapan kepada Tuhannya. Disitu letaknya cinta. Di situ letaknya bahagia.

“dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk” 2:45

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar: (Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.” 2:155-156

“bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan Segala malaikat, dan Segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang Yang terlantar Dalam perjalanan, dan kepada orang-orang Yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang Yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang Yang sabar Dalam masa kesempitan, dan Dalam masa kesakitan, dan juga Dalam masa bertempur Dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang Yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang Yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang Yang bertaqwa” 2:177

Lalu jiwa itu terus bangkit dari pedih desakan jiwa dan gelap hasutan syaitan. Bangkit menemui Allah swt. Rabb dan Ilah nya. Disitu, di atas tempat sujudnya, segala curahan airmata dan harapnya diluahkan semua. Hampir tiada tinggal lagi. Desah sendu jiwanya seakan terubat dengan ayat-ayat Kalam Allah yg dibaca. Sungguh, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang. di saat itu juga dia tahu yang sabarnya di duga. Kerana ujian itu untuk menguji jiwanya, sabar ataupun tidak. Dan Allah akan berserta orang-orang yg sabar.

“kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu Dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu Yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa Yang tidak merasai airnya maka Sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang Yang menceduk satu cedukan Dengan tangannya”. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. setelah Talut bersama-sama orang-orang Yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang Yang meminum (sepuas-puasnya): “Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya”. berkata pula orang-orang Yang yakin Bahawa mereka akan menemui Allah: “Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan Yang sedikit berjaya menewaskan golongan Yang banyak Dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang Yang sabar”2:249

Walaupun mungkin ada tangan yang menghulur, bahu yang menunggu, telinga yang mendengar, namun tiada yang lebih dr perlindungan dan kasih sayang Allah. Kerana tangan yg menghulur, bahu yg menunggu itu juga mengharapkan kekuatan dr Allah dan mengharapkan Allah. Dia juga mempunyai hati dan juga jiwa yg juga kadang-kadang di cabar dan di uji. Di situ ada kesamaan antara dua jiwa ini. Masing-masing tidak lepas dr berharap rahmat dan kasih-sayang Allah. Meminjam sedikit cinta utk kehidupan dunia. Tidak lepas dr bersandar kepada Keagungan Allah dan Kekuasaan-Nya.

Hati juga terubat bila memikirkan rahmat dan segala nikmat yg telah Allah kurniakan. Sudah 3 bulan lebih mitsaqan ghaliza diikat dan itu juga adalah nikmat yg Allah kurniakan. Dari hanya memikirkan diri sendiri, kini ada dua yg perlu difikirkan. Dari hanya membuat keputusan sendiri, kini ada tempat untuk ditanyakan dan dirujuk. Dari memimpin diri sendiri, kini ada pemimpin yg menerajui bahtera hati ini. Semua yg pada awalnya asing, kini menjadi satu yg sebati dalam diri. Kerana ia juga adalah amanah dari Allah. Untuk di jaga dan dipelihara. Kerana ikatan ini juga memelihara dan menjaga. Di dalam ikatan ini juga ada perlindungan, tempat berkongsi suka dan duka dlm meneraju hidup yang dilandaskan atas iman yang satu kepada Allah dan cinta yang tulus mengharap keredhaan-Nya. Perit jiwa dan sakit hati terubat sedikit dengan adanya jiwa yg turut memahami, menasihati dan memberi. Walaupun kadang-kadang hanya sekadar mendengar dan memerhati. Tapi itu juga adalah tempat secebis hati seakan-akan rasa dilindungi. Dilindungi atas bayangan perlindungan Allah yg dikurniakan untuk orang-orang mu’min.

Rehatkan ku dengan solat.. hiburkanku dengan Al-Quran..

Adakah aku punya waktu

Semalam, sepanjang hari aku habiskan di dalam operation theatre, Jam 8.00am, aku sudah bertungkus lumus menyiapkan makan pagi dibantu oleh zauj.Kalau nak dikira, dia lah yg menyiapkannya ^_^ . roti dan telor goreng dan coleslaw. seperti makanan orang-orang putih. nyum.Tak sempat makan, kami dah berada dlm kereta dengan aktiviti makan dlm kereta.Dan lepas tu, sesampainya di hospital Queen Elizabeth, aku terus mengejar lift utk ke tingkat 1. dan terus masuk ke operation theatre dan ke changing room.

Di situ bermula hariku.

8.30am juga, baru aku tahu, full head coverage di dlm OT dah abis.. fikiran ligat memikirkan apekah yg aku harus lakukan utk mengcover diri.. mungkin setengah manusia akan berfikir lebih senang kalau pakai saja seperti orang2 lain. kan ini OT, mesti ikut protocol. Tapi aku tak peduli. Aku muslim bukan hanya di luar. Aku muslim dalam, luar, atas, bawah, nampak atau sembunyi. kerana Allah ada dimana saja. Lalu aku ambil 2 helai head cover yg mmg takkan cover, balaklava dan terus menuju ke changing room dan getting changed. sedaya upaya berusaha utk mencover dan nampak seperti makhluk asing yg turun dari marikh. Tapi org nak kata apa lagi? this is what I am.

Dan dari situ, aku habiskan masa di dlm theatre. Turut tak dilupakan baju theatre lengan pjg yg selalu dipakai oleh anaesthetist. ‘Kesejukan agaknya budak ini’ mungkin ada keluar kata2 ini di benak org2 theatre termasuk reg dan surgeon.

Laparoscopic nephrectomy from donor. aku duduk jauh2 di tepi sambil memandang screen. terkadang tak tahu ape yg aku pandang. Blurr.

sampai jam 1.30pm, baru habis.

Den registrar meminta aku dtg balik jam 2pm utk operation seterusnya iaitu kidney transplant. Dari donor kepada anaknya. Cramp kaki. sakit pinggang. sakit kepala. terus aku ke bilik rehat. makan 2 keping donut dan air kopi. dan juga buat ape kewajipan yg perlu tanpa mengindahkan orang2 yg memerhati. Aku bangga yg aku seorang muslim.

Masuk kembali ke theatre 2.10pm. melirik anak mata Reg kepada surgeon, menyuruh aku meminta izin surgeon utk scrub in kali ini. menurutnya, aku akan lebih belajar andai aku scrub in. lalu aku segan silu menuju ke arah surgeon yg sedang scrubbing.

” Hi Mr R, I’m Suzie, 5th year med. Can I scrub in with you today? “. belum sempat aku habiskan ayat, dia dah tanya macam2 soalan mengenai apa yg dah aku tgk time dia buat nephrectomy tadi. teragak-agak aku menjawab dengan ilmu anatomy yg berkarat, mengalami short term memory lost dan panic attack.

Tak perlulah aku tuliskan dialog diantara kami yg agak membosankan, mencemaskan dan memalukan.

Lalu aku diberi izin scrub in.

Di depan aku, ada patient. dan disitu, di saat surgeon menoreh perut adik umur 23 tahun itu dr India, aku terus ditanya apa layer muscle ini, ape vessels itu, ape vessels ini, ape vessel ini supply. Dan aku TERKEDU.

banyak yg aku tak tahu. alhamdulillah aku tahu kidney, spleen yg mana, pancrease. adrenal gland. uhuh.. vessels.. internal iliac, external iliac. bla2.. ibarat test utk menjadi surgeon plak rasanya. setahu aku, aku masih 5th year. huhu.. T_T Rasa seperti tidak layak digelar 5th year. Tapi aku teruskan juga menolong selepas surgeon berhenti bertanya. suck in blood. pegang itu pegang ini, pegang kidney baru yg berdenyut2 di saat darah masuk. subhanAllah, complexnya badan manusia yg Allah ciptakan. andai aku masih belum bersyukur. alangkah ruginya diri ini. dapat aku sentuh buah pinggang yg memainkan peranan yg amat penting dlm badan manusia. sehinggakan kalau kita tiada buah pinggang, kita akan mati.. dan organ2 lain yg juga begitu penting.

Terdetik di fikiran, dengan begini banyak nikmat Allah, apakah yg sudah aku lakukan utk Islam. apakah yg sudah aku korbankan utk naikkan martabat Islam.

Waktu tidurku masih terjaga, walaupun kdg2 hanya 3-4 jam. tidurku masih berbantal. berselimut. bertilam/ber alas. belum lagi aku tidur di bawah cahaya bulan, belumlagi tidur dlm gua. belum lagi dilemparkan batu di saat menyampaikan risalah.. BELUM..

Dan aku masih tidak bersyukur? layakkah? Bilamana teringat Rasulullah bangun malam sehingga bengkak2 kaki hanya kerana ingin menjadi manusia yg bersyukur sedangkan siang harinya baginda menghabiskan masa mengajak orang kepada Islam. Dan aku masih berkata aku tiada WAKTU. aku tiada MASA. I have no TIME..

Berbalik kepada cerita.Di dalam theatre aku terus memainkan peranan di dlm nya. di saat darah memancut2, terkena baju, darah menitik terkena kasut. alhamdulillah belum memercik terkena mata. dengan berbagai posisi aku tukar utk memastikan tiada cramp dan tiada urat saraf putus. pumping kaki memastikan tiada DVT. membetulkan leher memastikan darah sentiasa naik ke kepala. dan berbagai2 lagi aktiviti, baru ku sedari jam sudah menunjukkan puku. 5.50 pm di dlm theatre. Dan di saat itu, pembedahan sudahpun selesai. dan surgeon berterima kasih kepadaku kerana sudi menolong. tak semena2 aku dah lupa apa yg dah di katakannya padaku di saat awal pembedahan tadi. agak melukakan hati, tapi aku tahu, nak belajar kene korban sket. kene marah sket xper.. huhu.. mungkin kesalahan diri sendiri jugak.

Di saat aku melangkah keluar dr OT, baru kusedari aku mengalamai sore leg, headache, back pain. dan berbagai2 lagi medical term yg tak perlu aku tuliskan lagi. 8jam 50 minit di dlm bilik pembedahan seakan-akan tidak terasa berlalunya masa.. begitulah waktu yg telah berlalu. itulah hari semalam aku.

dan aku punya hari ini. dan hari esok mungkin bkn utk aku. baru aku sedar yg masa/waktu adalah begitu penting. ia adalah kehidupan.

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran”. 103: 1-2

Semoga Allah menjadikan masa-masa yang mendatang, lebih bermakna dan berkat, insyaAllah. kerana tanggungjawab dan kewajipan adalah lebih banyak dr waktu yg ada. Aku tak punya waktu utk dibazirkan!!

kiamat.jpg

– monolog mujahidahislam 3/4/08 11.00am