di sisi Mujahid dan mujahidah

Saban waktu, satu perjalanan yg dimulai dengan niat utk mencari redha Pencipta, Allah swt, terasa lama dan panjang. Hari ke hari waktu seakan-akan terhenti dan bertafakkur. Namun kadang-kadang ia bergerk terlalu cepat, seakan-akan tidak mahu menunggu lagi. Sang Daie terkejar-kejar dlm meneruskan amal dakwahnya. Kadang-kadang tidak sempat si Daie utk melihat perilakunya, perbaiki amalnya, betulkan niatnya, kerana waktu terlalu pantas bergerak, seperti bullet train yg tidak kenal perhentian.

Teringat-teringat tentang kata-kata berat pada satu malam penuh syahdu. Bilamana seorang mujahid mengingatkan mujahidahnya ttg kewajibannya sebagai daie ilAllah. Dimana dakwah adalah kewajipan full time, bukan separuh masa.. bukan dibuat pada masa luangnya. Bila realiti menampar pipi si mujahidah, baru dia tersedar dr lenanya. Sanggupkah dia melepaskan mujahid pergi menunaikan kewajipan kepada ilahi, sanggupkah dia ditinggalkan sendiri, lama menanti. Bila malamnya, rumah sepi tanpa penghuni, hanya dia menunggu dan menanti. Bila siangnya, rumah hanya terdengar bunyi kereta diluar kerana mujahid telah keluar lagi. ibarat kasihnya harus dikongsi dengan ummah. sanggupkah mujahidah?

Terngiang-ngiang di telinga mujahidah, kata-kata mujahid mengingatkan dirinya.

” Tidak mahukah pahala percuma? Abg pergi bukan utk berpoya-poya. bukan utk bersuka-suka. Redhalah.. “

Dan lagi kata-katanya : ” walaupun seorang wanita itu adalah mas’ulah besar, naqibah hebat, tapi dia adalah seorang wanita”. benar kata-kata mujahid. mujahidah mengakuinya sepenuh hati. Wanita adalah ciptaan Allah yg unik. Wanita seperti Khadijah r.a, Aisyah r.a adalah wanita-wanita mulia, ummahatul mu’minin yg telah berkorban hati dan jiwa. tenaga dan kudrat dlm perjuangan dakwah utk membawa manusia kembali kpd Islam. Namun mereka adalah wanita. Aisyah r.a pernah merasa cemburu bila Rasulullah saw sering menyebut-nyebut Khadijah. Kenapa?Kerana dia adalah wanita. Besar tanggungjawabnya bila bergelar wanita. Mampukah dia menjadi seperti mereka?

Dan mujahidah juga terasa bila dia diingatkan yg dia juga adalah Dai’e ilAllah.. dia juga punya tugas yg sama.. dia bukan suri rumah sepenuh masa, dia pelajar, dia isteri, dia Dai’e, dia anak, dia bakal ibu kpd mujahid dan mujahidah kecil dan dia adalah hamba Allah. Mengapa perlu mujahidah diam menunggu? bukankah tanggungjawabnya juga besar? Bukankah amanah ini harus di tanggung bersama? Jika mujahidah memikirkan perkara-perkara remeh sebegini, mmg syaitan akan menjadikan itu pintu masuk utk mengganggu emosi mujahidah yg juga seorang wanita. Sanggupkah mujahidah melemaskan mujahidnya dlm cinta duniawi? sedangkan dulu hati mujahidnya sarat dengan cinta kepada Ilahi. Ataukah dia mahu bersama mujahid meraih cinta ilahi yg hakiki. Jangan di kejar cinta mujahid semata, sedangkan cinta Penciptanya, adalah lebih kekal dan abadi. Dan dlm berjuang, ada pengorbanan. itu adalah sunnahnya. Dan hati mujahidah kini menjadi lebih tenang dan lega. Dan ingatlah! janji Allah itu pasti!

Katakanlah, ‘ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, STERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan,
perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di
jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya’ dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik
” [9:24]

 “sesungguhnya, kehidupan dunia itu hanyalah permainanan dan senda gurau. Jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu. dan Dia tidak akan meminta hartamu” 47:36

Maka adapun, org-org yg beriman dan mengerjakan kebajikan, maka Tuhan memasukkan mereka kedalam rahmat-Nya (surga). Demikian itulh kemenangan yg nyata” 45:30

dan siapakah yg lebih baik perkataanya, drpd org yg menyeru kpd Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, ‘ sungguh aku termasuk org-org muslim (yg berserah diri) ” 41: 32

Jemputan ke Walimah versi Adelaide

p1125456.jpg

Assalamualaikum wbt.

Di sini, Kami, Nizam dan Chetie, ingin menjemput sahabat-sahabat, kakak-kakak, abang-abang dan adik-adik utk menghadiri majlis walimah versi Adelaide kami di Klemzig Park, at the junction of Briar Rd and Riverside Dr. Dengan kehadiran semua, kami berharap akan menambah mesra ukhuwah di antara kita dan smoga Allah memberi barakah di atas perkahwinan kami, amiin.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih-sayang ” 19:96

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” 30:21

Lihat peta di bawah utk memastikan tiada kesesatan yg berlaku —>

View Larger Map

Mitsaqan Ghalizo

saat debaran menanti

Sewaktu itu, sy masih seperti tidak percaya. namun entah kenapa, Allah telah menenangkan hati yg sebelum ini ibarat seperti tidak keruan.

Sayup-sayup kedengaran lafaz yg pendek tapi memberi satu impak yg besar dr kehidupan manusia. at least dlm kehidupan saya. waktu itu, satu rasa kesyukuran, satu rasa tanggungjawab, satu perasaan yg sukar utk digambarkan, satu kegembiraan, satu kesayuan, satu pengharapan muncul dlm hati dan diri.
Benarlah.. ” Dan bagaimana kamu akan mengambilnya kembali padahal kamu telah bergaul satu sama lain (sebagai suami isteri. Dan mereka (isteri-isteri mu) telah mengambil perjanjian yg kuat (ikatan pernikahan) dari kamu ” 4:21
Satu perjanjian yg kuat -mitsaqan ghalizå telah terpatri diantara dua jiwa. Satu amanah telah di ambil dari Pencipta manusia, untuk menjadikan ikatan ini, perjanjian ini satu hakikat yg diberkahi, insyaAllah.
Mengingatkan kembali kenapa perjanjian ini diambil.. sy terasa sayu sendiri, terasa tersentuh sendiri. Hanya yg tahu saja mengerti. bagaimana gunung boleh bertemu laut. bagaimana dasar boleh bertemu puncak. hakikatnya, semuanya adalah ketentuan Allah swt yg Maha Mengetahui, Perancang Yg Terbaik. Bagaimana satu ikatan boleh diambil sedangkan yg ini tidak tahu yg itu, yg itu tidak tahu yg ini. Tidak takut salah pilih kah? Tidak takut kalau-kalau tak serasi? Terpulang pada perkiraan sendiri, yg pasti, andai kita menyerah pada Si Pencipta Hati, tiada lagi yg patut di takuti, tiada yg perlu di bimbangi. Kerana hanya Dia yg tahu apa yg terbaik, apa yg akan berlaku di masa depan. Sedangkan kita, manusia yg serba tidak tahu, serba tidak lengkap.
Bila dikatakan ” Terima kasih kerana menjadi pelengkap agamaku “
Bila dikatakan ” diriku bukan yg terbaik, dan aku mengharapkan diri ini diterima buruk dan baiknya “
Ditambah dengan juzu’ -juzu’ kata yg lebih panjang dan mendalam.. lebih berat dan tersirat.
Saya diam men’digest’ kata-kata yg ibarat masuk tak masuk dlm telinga kerana rasa gugup. Saya tahu ini adalah yg terbaik dan ini juga adalah yg di harapkan oleh diri saya..
Bak kata orang, di sisi mujahid ada mujahidah, dan sy ingin menjadi seperti mujahidah itu. Semoga dengan berkat dan pertolongan dari Allah, insyaAllah amanah dan perjanjian ini akan di pegang dan di jaga..
Tak semena-mena, satu lagi detik permulaan hidup berlaku.
Masa depan akan kita tanggung bersama