DI sana..

Sebentar cuma, seakan-akan terasa tiada lagi jalan di hadapan..

Seakan-akan hitam dan gelap.. kemana lagi harus ku tuju..

Tanpa sesaat kurang, aku di jawab dengan firman-Nya:

” Di sana, pertolongan itu hanya dari Allah Yang MahaBenar. Dialah (pemberi) pahala terbaik dan (pemberi) balasan terbaik” 18:44

SubhanAllah.. Pinjamkan aku sinar-Mu ya Allah.. kurniakan kami kekuatan dan ketenangan.. amiin..

Permudahkan dan berikan yang terbaik untuk kami, amiin..

Pemilik sebenar

Manusia itu punya satu sifat suka memiliki. Kadang-kadang bila sesuatu itu sudah terasa dekat dan berada bersama kita, kita akan merasakan ianya milik kita..

Namun kadang-kala kita sebenarnya terlupa.. yang pemilik sebenarnya adalah Allah. Mengapa pernah ada secebis rasa dihati kita yang ianya adalah milik kita. walau sekelumit?

Bila sesuatu hampir-hampir di ambil dari kita, mengapa ada rasa sedih, mengapa ada rasa kehilangan? sedangkan itu hak Allah. Dia boleh mengambilnya pada bila-bila masa.. T_T ianya cuma satu pinjaman yang di pinjamkan menjadi amanah utk di jaga dan dipelihara.. ya Allah, benar-benar hambaMu lupa..

satu titik tarbiyyah yang besar untuk diri ini yang selalu terlupa.

“…boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (2:216)

Dan kerana peristiwa yang tak mampu difikirkan tersebut lah, ada satu berita indah yang ingin di khabarkan oleh Penciptaku.. menjawab segala persoalan hati.. Sangat indah. anugerah kecil itu kini telah pandai bergerak, berenang, kicking..walau masih belum di rasai.. subhanAllah.. bentuk penciptaannya kini lengkap, cuma tinggal utk di matangkan.. Dan semuanya adalah dengan kekuasaan Allah..

Dan ia mengingatkan aku yang kini kami punya tanggungjawab besar utk di sudahkan.. untuk di teruskan.. SI kecil itu juga punya hak.. walaupun belum melihat alam nyata..

Semoga Allah permudahkan.. amiin.

p19-11-08_1629

9 w 6 d exactly ^_^ ALhamdulillah dengan anugerah-Mu ya Allah..


Daie juga punya cinta siri 1

Di hari pernikahan Saidatina Fatimah dan Saidatina Ali, Nabi menyediakan ’persiapan’ untuk puteri kesayangannya itu. Para sahabat yang hadir terduga-duga apakah gerangan bekalan yang disediakan untuk persiapan walimah puteri Khadijah ini. Rupa-rupanya, sedarlah mereka persiapan itu Cuma penggiling gandum, kulit binatang yang disamak, kendi dan sebuah piring.

Abu Bakar menitiskan air mata. ”ya Rasulullah. Inikah persiapan untuk Fatimah?” nabi tenang menjawab ”wahai Abu Bakar, ini sudah cukup bagi mereka yang berada di dunia.” Di hari pernikahan Fatimah, dia keluar dengan pakaian ’terbaik’nya, dengan 12 tampalan, tanpa sebarang perhiasan.

Begitulah Rasulullah meletakkan perkahwinan ke satu tahap yang sangat tinggi. Penanda aras yang diletakkan itu kadang-kadang menyebabkan diri sendiri takut untuk mengukur apa yang telah sedia ada. Layaklah Allah membandingkannya dengan ungkapan Mitsaqan Ghaliza, yang dengan sendirinya menterjemah misi agung disebalik lafaz pendek penyempurna akad.

Dan bagaimana kamu akan mengambilnya kembali padahal kamu telah bergaul satu sama lain (sebagai suami isteri. Dan mereka (isteri-isteri mu) telah mengambil perjanjian yg kuat (ikatan pernikahan) dari kamu ” 4:21

Begitu juga perjuangan ini, ia tidak sudi meletakkan pernikahan pada tempat yang rendah, lantas ia telah mengambilnya sebagai satu anak tangga dalam langkah perjuangan yang besar ini.

Tidak hairanlah Sheikh Mustafa Mashur dalam tulisannya, Tariq Ad Da’awah, telah meletakkan sempadan-sempadan yang jelas dalam wilayah pernikahan akh dan ukht muslim. Beliau meletakkan Baitul muslim sebagai risalah. Baitul muslim sebagai markas pemancar cahaya. Begitulah seriusnya urusan ini.

Maka saya simpulkan ikatan yang sudah sedia tersimpul ini dengan suatu simpulan yang ringkas. Sesuatu yang besar wajib dimulakan dengan sesuatu yang besar juga. Amat pelik jika suatu urusan yang besar dengan matlamat dan cita-cita yang besar dimulakan dengan perasaan, perancangan dan persediaan yang remeh dan rendah.

Di mana bermula?

Persoalan yang pendek tapi jawapan yang mungkin terlalu panjang. (syndrome sudah lama tiada halaqah akan memburukkan lagi keadaan!). kita mulakan begini. Mana-mana peperangan, besar atau kecil bermula dengan seruan perang. Paluan gendang atau tiupan semboyan perang menjadi syiar kepada bermulanya agenda besar ini. Mari kita angkat syiar kita untuk memulakan agenda ini.

“dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadaNya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya. Demikianlah (takdir kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara Yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan Yang keji, kerana Sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami Yang dibersihkan dari Segala dosa.” (9:24)

Kita pinjam syiar insan terpilih, Nabi Allah Yusuf dalam memulakan kisah cinta kita ini.
Lafaz “kalaulah ia tidak meyedari kenyataan Tuhannya” memberi kita ilham tentang di mana harus bermula. Mulakanlah dengan berpaling pada Penciptamu yang berkenan menciptakanmu dan mengurniakan fitrah kepadamu. Dalam bahasa mudah, mulakan dengan memperbetul niat urusanmu dengan mengaitkannya dengan Allah. Besar manapun urusan akan jadi kecil di sisi Allah andai kita sisihkan Allah dalam urusan tersebut.

Mulakan urusan ini dengan mendekatkan diri dengan Allah dalam setiap urusan. Jiwa yang bersih akan dipimpin Allah, tidak kira dalam apa pun urusan. Dari sebesar-besar urusan sehinggalah sekecil-kecil urusan seperti peperiksaan final universiti (jangan ambil hati).

Maka, jangan impikan isteri yang dicemburui bidadari, atau suami yang direbuti bidadari, andai permulaan perjalanan ini kita gadaikan iman kita. Siapa tahu, tahajjud dan saum kita hari ini jadi sebab untuk Allah pelihara kita satu hari nanti dari mendapat zuriat yang derhaka. Perjalanan hidup ini unik bukan?

Maka, mari sama-sama kita bina diri yang satu ini, sebelumpun kita berfikir untuk sesuatu yang lebih ramai dari itu.

p/s: Peringatan untuk diri ana sendiri jua. Afwan kalau ana tak cerita pasal exam, tawakal, banyakkan doa dan sebagainya. Sebab nanti antum cakap ”..tell me something I don’t know..” hehe