pasti akan berakhir nanti..

Assalamualaikum wbt..

Sedikit kalam dari yang lemah, tak tahu dan dhaif.

Dalam nak exam dan dalam kesibukan seharian ini, sempat pula sy membaca blog-blog dan tulisan-tulisan. Luahan hati sahabat sahabat. . entah kenapa rasa juga diri ini membicarakan isu yang sedang hangat diperkatakan. Jauh di sudut hati, kata-kata ini yang terlintas ” kenapa isu ini lagi..? ”

lenguh juga membacanya,dan juga lenguh otak ini memikirkannya. namun harap-harapnya hati ini masih tidak lenguh mengharap petunjuk dari yang Esa, masih tidak lenguh berhusnu zahn dengan manusia.

walau apa isu, walau apa tuduhan, walau apa perasaan, namun yang di dalam pastinya lebih tahu apa yang sebenarnya. bagi saya, tak perlu di tolak tuduhan, tak perlu defend diri sendiri kerana tiada kekecewaan untuk meneruskan amal ini, tiada keraguan di situ terhadap manhaj ini. tiada. namun tak dinafikan, yang di dalam hanya manusia, kata-katanya boleh di tolak dan diterima. mungkin ada silap dan mungkin ada khilaf. Namun yang pasti manhaj Ilahi tak pernah berubah, dari zaman Rasulullah saw sehingga kini. berpeganglah pada yang itu, pada al-quran dan sunnah, pasti tidak sesat sehingga hari kiamat. yang perlu di tatap adalah keikhlasan di dalam hati. kau buat kerana orang atau kerana Allah? klau kerana orang, berlatah-latahlah bila ada org mengata. berpinar-pinarlah mata bila ada org merenung. Tapi kalau kerana Allah, hanya Dia yang berhak menegur, hanya Dia yang berhak membalas dan menghukum apa yang terdetik dalam hatimu..

Kalau mahu tanyakan akal, pasti akalku menafikan, mahu defend dan menjawab semuanya. Mahu aku tanyakan, kalau di ajak kamu mahu datangkah? mahu kamu buang khilafmu, syubhat mu? ..tapi adakah berubah situasi disini? adakah akan berakhir semuanya? tidak!! kerana suara pasti masih berkata-kata, akal masih akan berfikir, nafsu pasti akan masih menggoda.. ini fitrah manusia, bukan?

oleh itu, aku memilih utk diam, memfirasati hati dan diri sendiri. tak guna firasati manusia dalam soal ini. .

Kerana nun jauh di sana, aku pasti, semua ini, pasti akan berakhir nanti, di saat segalanya berakhir.. insyaAllah.. amiin.

All the best utk exam bagi yang exam! doakan aku..

wassalam..