Hilang rasa

Alhamdulillah.. dah satu exam osce utk paeds surgery habis tadi (3 station). jumaat ni ada lagi 2 exam, paed med dan psychiatry.  -_-

Hari ni tengah berfikir nak makan apa.. terasa sgt nikmat selera yang Allah beri selama ini begitu berharga.. T_T  sebab tak terasa nak makan pape pun.. tapi kalau tak makan makin menjadi-jadi. Ya Allah bertapa aku melupai nikmat-Mu selama ini.. Ampunkan lah dosa-dosaku.. -_-  permudahkanlah.. amiin.

It’s all in your head. it’s all in your head. it’s all in your head.. selawat-selawat. begitulah kata-kata hati yang sering di ungkapkan utk melupakan segala perasaan tak best yg ada.. InsyaAllah semua ini adalah ujian dari Allah.. kene sentiasa sabar insyaAllah..

Sekarang ni buah menjadi breakfast dan lunch. Dinner ada org masak best ^_^ tapi asif, kadang-kadang tak termampu nak makan banyak. Kita share ok? sharing is caring kan? ^_^

Yang teringin nak makan laksam tuh, dah terlaksana juga impiannya, cuma perasaan nak makan tuh sekejap je, so sempat makan sekali, dan after that dah tamo lagi dah. Tapi alhamdulillah ada pengubat jiwa yang tolong makan.. jazakAllah Abang! Pun di harap yang satu lagi tuh dapat banyak bersabar.. sorry.. T_T tak niat nak mengada-ngada.

Okeh fuh fuh mesti kuat ni. Daie tak boleh mengada-ngada. semua kene terus insyaAllah.. Tak leh banyak fikirkan perkara yang bukan-bukan insyaAllah.. semoga semuanya di mudahkan Allah.. amiin..

Teringin

Harini, tengah-tengah nak peksa ni la terasa nak makan laksam.. uhuh.. T_T

Resepi dr Myresepi kat bawah:

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
  • >>bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula
  • >> Bahan ulam
  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan
  • garam
  • limau

Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

Xtau lah dapat makan ke tak.. just teringin. Dan teringat kat kampung di Malaysia jugak sbb bila laksam/laksa terengganu ni tok masak, mmg org first akan sampai rumah tok ialah saya. ^_^ best sgt.. huhu

Sebuah kesyukuran

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah..

Tiada kata-kata untuk mengungkapkan perasaan ketika ini. setelah sekian lama mendiamkan diri, diri ini terpanggil utk mengungkapkan luahan kesyukuran kepada Allah yang Maha Agung yang menciptakan dan mematikan..

Dengan setiap air mata, di beri-Nya seribu senyuman dan gelak tawa

Dengan setiap duka, di beri-Nya sejuta suka dan gembira.

Dengan setiap kesulitan, di beri-Nya kurniaan melimpah kesenangan.

Alhamdulillah.. mimpi juga punyai cerita sendiri ^_^

Semoga hari ini menjadi satu lagi titik, dalam titik -titik kehidupan yang pastinya menjadi lebih bermakna, insyaAllah.. Doakan pengakhirannya baik.. amiin.