Muhasabah jiwa

Kini hanya tinggal beberapa hari sisa-sisa ramadhan tahun ini.. sedih kerana ramadhan kali ini ingin meninggalkan aku lagi, sempatkah lagi aku bertemu ramadhan di tahun hadapan..

gembira kerana ingin menyambut kedatangan hari kemenangan.. Semoga ia benar-benar satu kemenangan. Kemenangan melawan al-hawa’  yang sekian lama beraja di jiwa. smoga ia ku buang jauh-jauh, dan semoga kita terus istiqamah di atas agama ini, amiin..

Ramadhan ini yang pertama bergelar isteri, mungkin sangat berbeza dari yang sebelumnya, satu tarbiyyah dari Allah dalam menghadapi susah senang hidup ini bersama-sama iA.. Ramadhan kali ini pasti tidak akan pernah aku lupakan, iA..

Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan dari Ramadhan kali ini dan semoga menjadi hamba Allah yang lebih bertaqwa insyaAllah..

“…barangsiapa yg telah diharamkan daripada kebaikannya, maka ia telah diharamkan”[hadis riwayat Ahmad]

Teringat ketika mula-mula diri ini hadir di Adelaide, bumi subur ini. Senyum-senyum merekalah yang menyebabkan aku mula berminat utk ‘join’. dan akhirnya, niat yang sebelum ini menyeleweng di betulkan dengan kefahaman yang sedikit-sedikit ini.. semoga setiap langkah kami, dituntun oleh-Mu ya Allah.. smoga setiap detik nafas, perjuangan kami adalah kerana-Mu.

Sebenarnya, ada satu rasa sedih dan sesak dada.. kerana risalah yang dibawa ini, telah di salah ertikan. Mungkin bukan isu risalah, tapi isu pembawanya. sungguh, pembawanya hanyalah manusia, bukan malaikat, mahupun rasul. tidak lari dari membuat kesilapan. Akhirnya, aku terbawa untuk muhasabah kembali keadaan diri dan kelemahan diri ini. Dakwah ini, bukan milik sesiapa. Ianya milik sesiapa yang mahukannya, tiada sekatan, tolakan mahupun paksaan. Namun mungkin ada yang disebabkan kesungguhan dan dzatiyah utk mengajak yang lain bersama, telah tanpa sedar ibarat memaksa atau tolak-tolak. Tidak mahu aku salahkan sesiapa. sungguh yang sini dan yang sana, dua-dua harus muhasabah. Ada yang boleh diperbaiki dan diperbetulkan. InsyaAllah, dakwah ini utk semua masyarakat. Tiada yang tidak layak menerimanya.. kerana itulah kita harus sama-sama membuka hati dan jiwa kita. Tiada yang untung kalau kita menerima risalah ini selain diri sendiri. Allah tidak akan bertambah kekuasaan-Nya yang sedia Maha Tinggi dengan seluruh manusia menjunjung risalah ini.dan tidak akan berkurang sedikitpun, dengan semua manusia menolaknya..

Terkadang ada clash yg mmg tidak mampu dielakkan kerana telah di rancang lama. agak tidak adil kalau mahu judge dengan pengetahuan sedikit-sedikit.. ada org kata, kalau dia di ‘luar’ sekarang, mungkin dia akan fikir perkara yang sama. mngkin ada silapnya kita. dalam mentafsir dan dalam membuat amal. yang memikul ini terasa lebih berat dari yang melihat. sungguh, hanya kepada Allah kami serahkan.

Kadang di fikirkan, kita sama- sama tidak mahu berusaha memahami masing-masing.. kerana aku menjadi org yang mendengar, menjadi tanggungjawabku sekarang utk mengubah keadaan, paling kurang, muhasabah kembali apa yang telah dirasakan silap.. insyaAllah, silap masih boleh diubah, salahtanggapan juga masih boleh diubah.. kerana aku percaya pada satu, agama ini datangnya dari Allah, dan ia agama terbaik.. Semoga Ramadhan ini menjadi titik tolaknya.

Hanya sekadar luahan. bukan untuk sesiapa, cuma diri terasa tertolak untuk menulis setelah sekian lama membisu.

wallahua’lam.

*inside- semoga org yang dinanti, pulang dengan kemenangan jiwanya.. kerana aku juga mahu menang bersama.

Maafkanlah..

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

-Rapuh by Opick-