Update Nasihah

Sudah agak lama tak menulis di blog ini. Akhirnya mencari masa di Uni utk tulis. kalau kat rumah mmg takde masa nak tulis dah.

Nasihah skrg di tinggal di Sekolah Makcik Shila, jadi ketua darjah, bersama Fatih dan Iffah. Lega juga sikit rasanya sebab dia tak grumpy or cranky bila antar tu, tapi kene keluar diam2 time dia main-main dengan Shila. Harap-harap ok after that.

Nasihah skrg dah ada 5 batang gigi, alhamdulillah. kadang2 dia suka mengigit ummi dan babah. takpe masa nilah kene banyak bersabar utk ajar nasihah apa yang patut dan tak patut dia buat. slowly but surely, iA.

Mengirakan kegunaan duit yang agak banyak utk Nasihah, ummi terfikir utk pakaikan Nasihah Modern Cloth Nappies, which macam disposable juga, tapi more comfortable, breathable, comel dan boleh guna semula. I’m very excited actually to try this on Nasihah and hopefully to save Thousands of dollars each year , InsyaAllah.

Cth nappies:

Comel tak? hehe.. kat bawah ni beza dari segi kos.

Disposable Nappies

Single use nappy at 39 cents each
(based on 10 changes a day for 3 months)         $  354.90
Single use nappy at 52cents each
(based on 6 changes a day for 27 months)         $2,579.85
Baby wipes at $6.74(tub of 80) per fortnight     $  438.10
Nappy disposable bags at $6.81
(based on one pack of 200 per month)               $  204.30
One year night nappies for toddler 87cents each$317.55

 Total cost for disposables for one child           $3,894.70        
All figures based on requirements for 2 ½ years plus night nappies for a further 12 months

Premium/Fitted Nappy Option – Full-time nappy package

24 reusable fiited pocket nappies                          $ 600.00
12 overnight boosters (pack of 3 at $19.00)          $  57.00
25 reusable nappy liners (pack of 5 at $7.50)        $  37.50
25 reusable nappy wipes at (pack of 5 at $9.95ea$  49.75
Laundry costs (see note below)                              $  50.00

Total cost full time fitted pocket nappies                        $794.25

A premium reusable fitted pocket nappy system will last your baby from birth through to toilet training and will cost as little as $800. To keep a baby in single use disposable nappies for the same amount of time will cost almost $4,000 for the first baby and nearly $8,000 if you have two children.
Depending on which nappies you choose, you can save around $3,000 for your first child, increasing to over $7,000 for two children.
The financial choice is an easy one!

Ummi-ummi disana, kalau ada yang nak share the interest dan sharing the experience, very much welcome. ^_^

Satu lagi

Alhamdulillah.. Setelah lama tak update blog, hari ni rasa terpanggil utk update blog ni..

Tahun 2008 telah berlalu, tahun yang membekaskan seribu suka dan duka dan meninggalkan kesan untuk di tanggung pada tahun ini. semuanya ada hikmah. bukan berlaku sia-sia.

walau kadang-kadang tak tahu samada boleh menanggungnya atau pun tidak. Tapi Allah takkan membebankan seseorang itu kalau tak dapat ditanggungnya. Smoga tahun ini, sy menjadi lebih kuat dan lebih bersemangat untuk teruskan sisa-sisa perjuangan..

Buat zauj, semoga terus berusaha utk mendidik hati ini yang terlalu mudah tenggelam timbul dalam onak duri dunia dan semoga Allah kurniakan mawaddah dan rahmah dalam bait muslim ini juga semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk menerima kedatangan seorang daie kecil dlm hidup kita .

Buat sahabat, teruskan menasihati dan menyokong hati ini untuk terus bersama-sama di dalam suka dan duka perjalanan yang jauh dan panjang ini.

Buat diri, jangan jadikan sesuatu itu sebagai alasan dan tingkatkan lah dzatiyah dirimu untuk terus thabat di jalan yang lurus dan benar dan teruskan perbetulkan niatmu semoga hari-hari mendatang akan menjadi lebih baik dari yang telah lalu, iA.

Ku buka lembaran baru tahun ini (mungkin dah terlambat sbb dah nak abis FEB ^_^ ) dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim

Sebuah kesyukuran

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah..

Tiada kata-kata untuk mengungkapkan perasaan ketika ini. setelah sekian lama mendiamkan diri, diri ini terpanggil utk mengungkapkan luahan kesyukuran kepada Allah yang Maha Agung yang menciptakan dan mematikan..

Dengan setiap air mata, di beri-Nya seribu senyuman dan gelak tawa

Dengan setiap duka, di beri-Nya sejuta suka dan gembira.

Dengan setiap kesulitan, di beri-Nya kurniaan melimpah kesenangan.

Alhamdulillah.. mimpi juga punyai cerita sendiri ^_^

Semoga hari ini menjadi satu lagi titik, dalam titik -titik kehidupan yang pastinya menjadi lebih bermakna, insyaAllah.. Doakan pengakhirannya baik.. amiin.

yang ku rindu

Andai dapat kutulis semua kisah hidupku dalam sebaris dua kata.. tentu akan ku lakukan yg demikian..

Setelah sekian lama membisu, hampir sebulan juga.. ku gagahkan diri utk mencoret sepatah dua peringatan untuk diri ini. Mungkin selama ini, kesibukan telah menelan waktu-waktu lapang yg ada, sehinggakan yg tinggal hanyalah utk diri dan keluarga. Tiada lagi waktu-waktu luang utk menoleh seketika kebelakang ttg episod2 manis dan pahit hidup.. Namun yg mampu aku lafazkan adalah, alhamdulillah. kerana semua episod2 manis dan pahit inilah yang mengajarkan ku sesuatu. menjadi tarbiyyah buat hati dan jiwa dan sekian lama di tikam karat-karat jahiliyyah yg beraja. Mungkin lama masa utk ku buang semua bekas-bekas karat.

Ingin aku memohon seribu kemaafan kepada insan yang dekat di hati dan di mata, yang mungkin tidak mampu aku lunaskan segala permintaan dan harapan. Yang ada cuma pengharapan agar aku dapat lakukan yg terbaik utk nya. Kerana amanah yang indah dan berat ini, harus juga aku pikul dan bawa. Maafkan aku andai waktu-waktu pulangmu, tidak ku sambut dengan senyuman manis yg bisa meleburkan kepenatan jiwa. Kerana mungkin ketika itu, jiwaku juga penat dan di singgah berbagai-bagai episod yang tak mampu utk di luahkan dalam bentuk senyuman. Namun, satu ku harap agar dikau mengerti. Sungguh, tiada lagi cinta selain utk Allah dan Rasul melainkan utk mu.. akan ku cuba jua menyambutmu dengan senyumku nnti.. kerana aku tahu kemana menghilang dirimu.. kemana tercurah waktu dan masamu.. kemana tekad dan semangatmu pergi.. kemana kau sandarkan niat dan sebab sesuatu tindakanmu.. kerana aku juga ingin begitu.. Terimakasih atas semua kasih-sayang yg dicurahkan..dan segala dorongan utk aku bekerja dan bangkit, mengangkatku ketika aku jatuh dan sedih. Doakan aku, smoga nnti tiada bidadari yang mampu menandingiku di syurga..insyaAllah..

Dan yang juga aku rindui, yang kita rindui kini hampir tiba. saat-saat pertama ramadhan sebagai insan bergelar isteri menjadikan aku tambah-tambah lagi menunggu-nunggu kedatangan kekasih kita ini.. sangat rindu.. saat-saat indah ramadhan, yang mana telah Allah sediakan berbagai hidangan dan keistimewaan.. berbagai keberkatan dan kesenangan.. semoga nnti, keluarnya kita dari madrasah ramadhan ini, menjadi kita insan-insan yg lebih bertaqwa kepada Allah. Menjadi insan yg lebih baik dari semalam dan hari ini..

seperti Firman Allah Ta’ala: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan asas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183).

Kejutkan aku untuk bangkit di malamnya, kejutkan dan ingatkan aku untuk mengimarahkan ramadhan ini. smoga ramadhan ini melekat dalam di dalam jiwa sehingga episod2 selepasnya menjadi lebih bererti dan bermakna.. semoga jiwa kita dibersihkan dengannya, semoga seluruh sifat jahiliyyah yang beraja hilang dan lenyap dengannya.. semoga Allah berikan kita kekuatan.. amiin.. semoga nnti akan kita temui malam yang lebih baik dari seribu bulan..

Naikkan semangatku dengan janji-janji Allah. Kuatkan tekadku seperti panglima perang badar al kubra. hidupkan malam-malam ku dengan munajat kepada-Nya.. Allahumma balighna ramadhan.. smoga esok, aku bisa bangun lagi, utk ku temui ramadhan. semoga esok kita masih diberi nyawa dan nafas untuk kita bangkit dan temui ramadhan yang telah lama kita rindui.. semoga ….]

Unta merah

One day, when we walk in a car shop, we found a big red ‘fraud’ car staring at us like a hungry tiger but yet, it shines in my eyes and bring a thump in my heart. And there it is, in front of the house, waiting to be driven.

Alhamdulillah, all the waiting as ended.. we were waiting so long after our first white unta dakwah has broken down along with our heart (my heart at least ^_^ ). But then, we regarded it as a test from Allah, to purify our heart and iman so that we are not attached to the world as much as we are to the akhirat, the end destination that we all are waiting for.

my heart swells with hope that this unta merah, will be used towards reaching mardhatillah in helping us as a tool for dakwah insyaAllah.

“Maka demi Allah, sekiranya Allah memberi hidayah disebakan kamu, kepada seorang lelaki adalah lebih baik untukmu daripada memilki unta-unta merah.”
(Sahih Bukhari)

Smoga unta merah kami menjadi satu pendorong, untuk kami terus terus bekerja dengan lebih keras untuk mencapai keredhaan Allah. Supaya unta merah ini tidak menjadi lebih baik dari usaha kami untuk berdakwah di jalan Allah insyaAllah, seperti hadith di atas.

Semoga Allah memberkati satu lagi unta dakwah kami, yg akan digunakan sebaik mungkin di jalan ini insyaAllah..

~ The end of al-kisah ‘our red camel’ ~

Mitsaqan Ghalizo

saat debaran menanti

Sewaktu itu, sy masih seperti tidak percaya. namun entah kenapa, Allah telah menenangkan hati yg sebelum ini ibarat seperti tidak keruan.

Sayup-sayup kedengaran lafaz yg pendek tapi memberi satu impak yg besar dr kehidupan manusia. at least dlm kehidupan saya. waktu itu, satu rasa kesyukuran, satu rasa tanggungjawab, satu perasaan yg sukar utk digambarkan, satu kegembiraan, satu kesayuan, satu pengharapan muncul dlm hati dan diri.
Benarlah.. ” Dan bagaimana kamu akan mengambilnya kembali padahal kamu telah bergaul satu sama lain (sebagai suami isteri. Dan mereka (isteri-isteri mu) telah mengambil perjanjian yg kuat (ikatan pernikahan) dari kamu ” 4:21
Satu perjanjian yg kuat -mitsaqan ghalizå telah terpatri diantara dua jiwa. Satu amanah telah di ambil dari Pencipta manusia, untuk menjadikan ikatan ini, perjanjian ini satu hakikat yg diberkahi, insyaAllah.
Mengingatkan kembali kenapa perjanjian ini diambil.. sy terasa sayu sendiri, terasa tersentuh sendiri. Hanya yg tahu saja mengerti. bagaimana gunung boleh bertemu laut. bagaimana dasar boleh bertemu puncak. hakikatnya, semuanya adalah ketentuan Allah swt yg Maha Mengetahui, Perancang Yg Terbaik. Bagaimana satu ikatan boleh diambil sedangkan yg ini tidak tahu yg itu, yg itu tidak tahu yg ini. Tidak takut salah pilih kah? Tidak takut kalau-kalau tak serasi? Terpulang pada perkiraan sendiri, yg pasti, andai kita menyerah pada Si Pencipta Hati, tiada lagi yg patut di takuti, tiada yg perlu di bimbangi. Kerana hanya Dia yg tahu apa yg terbaik, apa yg akan berlaku di masa depan. Sedangkan kita, manusia yg serba tidak tahu, serba tidak lengkap.
Bila dikatakan ” Terima kasih kerana menjadi pelengkap agamaku “
Bila dikatakan ” diriku bukan yg terbaik, dan aku mengharapkan diri ini diterima buruk dan baiknya “
Ditambah dengan juzu’ -juzu’ kata yg lebih panjang dan mendalam.. lebih berat dan tersirat.
Saya diam men’digest’ kata-kata yg ibarat masuk tak masuk dlm telinga kerana rasa gugup. Saya tahu ini adalah yg terbaik dan ini juga adalah yg di harapkan oleh diri saya..
Bak kata orang, di sisi mujahid ada mujahidah, dan sy ingin menjadi seperti mujahidah itu. Semoga dengan berkat dan pertolongan dari Allah, insyaAllah amanah dan perjanjian ini akan di pegang dan di jaga..
Tak semena-mena, satu lagi detik permulaan hidup berlaku.
Masa depan akan kita tanggung bersama

Assalamualaikum

Disini.. aku kembali lagi.. untuk menunaikan tuntutan hati..

di mana aku.. masih akan di sini selagi Allah menginginkan aku di sini..

aku pasti kembali.. bila Allah menginginkan aku kembali..

dan semuanya akan pasti.. bila Allah sudah mentakdirkan aku pergi..

maka aku.. akan pergi disaat itu…