Daie juga punya cinta siri 1

Di hari pernikahan Saidatina Fatimah dan Saidatina Ali, Nabi menyediakan ’persiapan’ untuk puteri kesayangannya itu. Para sahabat yang hadir terduga-duga apakah gerangan bekalan yang disediakan untuk persiapan walimah puteri Khadijah ini. Rupa-rupanya, sedarlah mereka persiapan itu Cuma penggiling gandum, kulit binatang yang disamak, kendi dan sebuah piring.

Abu Bakar menitiskan air mata. ”ya Rasulullah. Inikah persiapan untuk Fatimah?” nabi tenang menjawab ”wahai Abu Bakar, ini sudah cukup bagi mereka yang berada di dunia.” Di hari pernikahan Fatimah, dia keluar dengan pakaian ’terbaik’nya, dengan 12 tampalan, tanpa sebarang perhiasan.

Begitulah Rasulullah meletakkan perkahwinan ke satu tahap yang sangat tinggi. Penanda aras yang diletakkan itu kadang-kadang menyebabkan diri sendiri takut untuk mengukur apa yang telah sedia ada. Layaklah Allah membandingkannya dengan ungkapan Mitsaqan Ghaliza, yang dengan sendirinya menterjemah misi agung disebalik lafaz pendek penyempurna akad.

Dan bagaimana kamu akan mengambilnya kembali padahal kamu telah bergaul satu sama lain (sebagai suami isteri. Dan mereka (isteri-isteri mu) telah mengambil perjanjian yg kuat (ikatan pernikahan) dari kamu ” 4:21

Begitu juga perjuangan ini, ia tidak sudi meletakkan pernikahan pada tempat yang rendah, lantas ia telah mengambilnya sebagai satu anak tangga dalam langkah perjuangan yang besar ini.

Tidak hairanlah Sheikh Mustafa Mashur dalam tulisannya, Tariq Ad Da’awah, telah meletakkan sempadan-sempadan yang jelas dalam wilayah pernikahan akh dan ukht muslim. Beliau meletakkan Baitul muslim sebagai risalah. Baitul muslim sebagai markas pemancar cahaya. Begitulah seriusnya urusan ini.

Maka saya simpulkan ikatan yang sudah sedia tersimpul ini dengan suatu simpulan yang ringkas. Sesuatu yang besar wajib dimulakan dengan sesuatu yang besar juga. Amat pelik jika suatu urusan yang besar dengan matlamat dan cita-cita yang besar dimulakan dengan perasaan, perancangan dan persediaan yang remeh dan rendah.

Di mana bermula?

Persoalan yang pendek tapi jawapan yang mungkin terlalu panjang. (syndrome sudah lama tiada halaqah akan memburukkan lagi keadaan!). kita mulakan begini. Mana-mana peperangan, besar atau kecil bermula dengan seruan perang. Paluan gendang atau tiupan semboyan perang menjadi syiar kepada bermulanya agenda besar ini. Mari kita angkat syiar kita untuk memulakan agenda ini.

“dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadaNya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya. Demikianlah (takdir kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara Yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan Yang keji, kerana Sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami Yang dibersihkan dari Segala dosa.” (9:24)

Kita pinjam syiar insan terpilih, Nabi Allah Yusuf dalam memulakan kisah cinta kita ini.
Lafaz “kalaulah ia tidak meyedari kenyataan Tuhannya” memberi kita ilham tentang di mana harus bermula. Mulakanlah dengan berpaling pada Penciptamu yang berkenan menciptakanmu dan mengurniakan fitrah kepadamu. Dalam bahasa mudah, mulakan dengan memperbetul niat urusanmu dengan mengaitkannya dengan Allah. Besar manapun urusan akan jadi kecil di sisi Allah andai kita sisihkan Allah dalam urusan tersebut.

Mulakan urusan ini dengan mendekatkan diri dengan Allah dalam setiap urusan. Jiwa yang bersih akan dipimpin Allah, tidak kira dalam apa pun urusan. Dari sebesar-besar urusan sehinggalah sekecil-kecil urusan seperti peperiksaan final universiti (jangan ambil hati).

Maka, jangan impikan isteri yang dicemburui bidadari, atau suami yang direbuti bidadari, andai permulaan perjalanan ini kita gadaikan iman kita. Siapa tahu, tahajjud dan saum kita hari ini jadi sebab untuk Allah pelihara kita satu hari nanti dari mendapat zuriat yang derhaka. Perjalanan hidup ini unik bukan?

Maka, mari sama-sama kita bina diri yang satu ini, sebelumpun kita berfikir untuk sesuatu yang lebih ramai dari itu.

p/s: Peringatan untuk diri ana sendiri jua. Afwan kalau ana tak cerita pasal exam, tawakal, banyakkan doa dan sebagainya. Sebab nanti antum cakap ”..tell me something I don’t know..” hehe

One thought on “Daie juga punya cinta siri 1

  1. assalamualaikum…

    subhanallah. kagum dgn tazkirah dari saudari.

    “Sesuatu yang besar wajib dimulakan dengan sesuatu yang besar juga”

    kata-kata tersebut sgt terkesan di hati saya. dan saya perlukan sahabat muslimah utk memberi pandangan mengenai sesuatu yg terbuku di hati saya. harapan saya agar saudari mampu memberi tazkirah@ nasihat kpd saya.

    berbalik kpd kata-kata tadi, jujur sy katakan yg fikiran saya masih ragu-ragu. saya belum berkahwin. dan sudah merasakan yang sudah tiba masanya saya ingin hidup bekeluarga.

    solat hajat dan surah waqiah antara amalan saya hari-hari. meminta DIA memudahkan jalan dan laluan untuk saya bertemu jodoh yang terbaik buat saya, yg DIA takdirkan utk saya.

    sepanjang proses permintaan saya kepada NYA, saya semakin dekat dgn seorang sahabat lelaki dlm persatuan saya. kekerapan kami berjumpa membuatkan hati saya sedikit tidak tenang. namun, setiapkali kami bertemu, tak pernah sedikit pun kami berbicara mengenai cinta. cuma nampak ketara perbezaan sahabat lelaki saya ini ialah sifatnya yg lebih memberi perhatian (concern) kpd saya. malah rakan-rakan lain menyedari sikap dia pd saya.

    agak lama perkara begini berlarutan. malah sehingga kini. apa pandangan saudari? apakah itu tandanya allah sedang menjawab permintaan saya@menguji saya sebelum menjawab permintaan saya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s