the Lyell McEwin

Melihatkan tajuk post ini, mungkin ada yg tertanya-tanya, siapakah gerangannya Mr Lyell atau apekah Lyell Mc ini. Jawapannya mungkin hanya diketahui oleh orang-orang medic (student) atau doktor-doktor yg berada di Adelaide. Itu nama sebuah hospital yg terletak diantara Salisbury dan Elizabeth. boleh melalui 2 jalan untuk ke sana – 1) Main north road. 2) Salisbury highway mengambil masa lebih kurang 25minit – 1jam bergantung kepada timing dan tahap traffic jam yg berlaku dan berapa banyak traffic light yg berwarna merah ketika anda melalui jalan tersebut.

Bukan mahu bercakap tentang Hospital Lyell Mc ini tapi mahu diberitakan ttg rotation O&G (obstetric and gynaecology) – perbidanan dan sakit puan. Setelah banyak kali mulut ini berbicara “jauh..” . ” bizi”. “tensennya”. “huhuhu”. “tamo pergi” dan banyak lagi yg tak perlu ditulis lagi kerana semua mungkin tahu ia menuju ke mana, cuma satu lagi kata-kata yg sememangnya juga diucap, yg sepatutnya menjadi kata-kata pertama iaitu “alhamdulillah.. “

4 minggu sudah berakhir, di isi dengan minggu-minggu pertama yg penuh dengan tute, clinic, theatre, deliveries, PBL dan experience, ia juga tak lupa diisi dengan subjek yg bertajuk TARBIYYAH – subjek yg paling di gemari dan di minati oleh sesetengah orang dan subjek yg paling penting dlm kehidupan manusia yg bergelar muslim. Mengapa? kerana dengan tarbiyyah inilah, manusia kembali dididik untuk lebih mengenal Tuhannya dan tujuan mengapa dia di ciptakan.

waktu dan masa yg di ambil untuk sampai ke the Lyell ini, bukan singkat, lama. juga kalau ada clinic di Gawler sekali sekala, juga mengambil masa yg lebih lama. masa, kepenatan, duit minyak dan jiwa inilah yg ditarbiyyah oleh Allah. bukan sekadar habis masa, habis minyak, habis tenaga dan sebagainya, tapi sy juga gain something.. which is tarbiyyah.. untuk mengenal kepayahan, mengenal erti bagaimana penat2 balik kerja pukul 5 or kul 8mlm, pastu kene drive balik rumah smbil mengantuk2.. pastu sampai di rumah, masih banyak kewajipan yg perlu di tunaikan.. pastu it goes on and on and on. ia tarbiyyah untuk menyiapkan diri, utk lebih tahan lasak, macam bateri duracell yg diiklankan di TV. main point adalah kerana kerja kita di ukur dengan masalah ummat, dan masa depan akan semakin sukar dan susah. bukan sebaliknya. Inilah dia persediaan. ini dia tarbiyyah. jadi jangan pernah ada keluhan dan jangan pernah rasa kesal.

Kesabaran juga di uji di saat kene bermalam ni ‘the Lyell’ untuk 24 hour shift. tlg midwife smbut baby, pastu tlg bakal-bakal mak dengan memberi support supaya push dan sebagainya, pstu waktu tido di atas kerusi yg setiap 30 minit terdengar bunyi air di panaskan di cerek automatik di bilik rehat, dan terjaga setiap 1 jam kerana terpaksa bertukar posisi akibat sakit pinggang, kebas kaki dan tangan. waktu itu, kesabaran, ketahanan mmg di uji habis-habisan. walaupun belum lagi sampai tahap seperti diwaktu perang, tidur di atas rumput, kesejukan, berbantal lengan, bunyi bom sana sini, belum lagi seperti itu.. kerana itu sy mmg perlu bersyukur.. ada lagi saudara.. adik-adik, ibu-ibu kita yang menangis setiap malam, mengesat air mata darah kehilangan saudara mara, kehilangan rumah, kehilangan tangan dan kaki.. di palestine sana.. ya Palestine.. bukankah itu kampung kita? tanahair kita juga bukan? kerana di sana, bumi perjuangan dan bumi jihad. jadi jangan pernah ada keluhan dan jangan pernah rasa kesal.

Yang pastinya, semua yg berlaku, ada hikmah dan ujian itu adalah tarbiyyah dari Allah. Pandang segala yg berlaku adalah kebaikan.. bagi seorang muslim, segalanya adalah kebaikan. Kerana ia datangnya dari Allah. Dia lebih tahu apa yang kita manusia tidak tahu.

tidak di kesalkan, waktu2 melihat bayi-bayi dilahirkan, ibarat melihat makhluk Allah yg tak berdosa dilahirkan di bumi.. alhamdulillah.. anak-anak ini adalah suci, kerana mereka telah menyatakan keakuan mereka untuk mentaati Allah. Namun, akhirnya, apabila lahir di dunia, mereka bakal dibentuk oleh kedua ibu bapa, sehingga mereka benar2 faham dan bijak untuk membuat keputusan.. di sini sy merasa tambah bersyukur kerana sy dilahirkan oleh ibubapa yg muslim.. dan kerana sy diberi peluang utk lebih memahami ttg deen ini dan tujuan penciptaan di bumi. alhamdulillah..

Akhirnya, tinggal kita dan hari ini.. bagaimana mahu kita tafsirkan hari ini. sebagai satu lagi hari, atau sebagai satu hari yg lebih baik dengn tarbiyyah untuk diri kita. sama-sama kita usaha, smoga hari ini lebih baik dari yg semalam iA.. dan sy tidak pernah kesal kerana di tempatkan di the Lyell Mc Ewin ini.. kerana jauh di sudut hati ia adalah satu bentuk tarbiyyah dari Allah. bagaimana nnti utk menghadapi suasana yg lebih sukar di masa hadapan, sewaktu bekerja, sewaktu menjalankan aktiviti dakwah dan sebagainya, andai tiada tarbiyyah sebegini. semuanya memerlukan tadhiyyah iaitu pengorbanan.. dari awal hingga ke akhirnya.. sehingga syahid atau Allah memenangkan kita.. insyaAllah..

Jangan lupa ingatkan diriku supaya jangan pernah ada kesal.

4 thoughts on “the Lyell McEwin

  1. salam

    waaa…sian ummi.wpun penat2 g hospital, sempat lagi buat lasagna n bubur kacang kat kami anak2 kecil(yg xkecil sgt pun) ni..hehe

    syukran jzilan ya ummi!

    @.@—>senyum

  2. salam anak ummi,
    semoga kesibukan tidak melemahkan rasa cinta dan ukhuwah sesama kita. dan smoga ia tidak mematahkan usaha dan cita-cita. bubur kacang dan lasagne tiada makna yg besar dibandingkan dengan ikatan yg sudah terbina, insyAllah. ummi mahu anak-anak ummi besar cepat2.. ok..

  3. hah? ade bubur kacang??
    tak tahu punnn…😦

    tapi lasagne tu tahu la. =D

    Semoga dipermudahkan segala urusan. pasni boley buat pizza pulak. ;p kami tolong buat (beli) base die. hehe.

    Tinggi. =D

  4. ummi rasa kita silap ni.. bubur pulut hitam lah hehe.. bubur kacang next time plak, n pizza juga.. so ummi harap anak ummi yg bongsu pun kene cepat besar jugak. ok? smoga dipermudahkan segala urusan ^_^ inni uhibbuki fillah abadan abada

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s