Ku tuliskan dengan hati 2

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah..

Kerana Allah masih mengurniakan waktu utk aku berhirup udara sejuk Adelaide di waktu ini. dan lagi, ketika sendiri-sendiri, diri lebih banyak waktu untuk berhenti sejenak, berfikir dan juga muhasabah.

Dengan kewajipan yg lebih banyak dari waktu yg ada, pernah aku terfikir-fikir kenapa kadangkala kita masih sering leka dan lalai dengan segala kesibukan dunia yang takkan pernah usai.. terkejar-kejar dengan aktiviti seharian sehingga kadangkala lupa tanggungjawab lain yg lebih utama. sebagai abdi kepada Allah.. mencari-cari alasan lapuk yg kononnya tiada masa. ah, teringat lagi entry yg terdahulu.. Adakah aku punya waktu? tersenyum sendiri kerana kadang-kadang diri sendiri yg terkena dengan kata-kata sendiri. memang. kerana ini ku tuliskan dengan hati, sebagai peringatan untuk diri sendiri, dan mungkin juga utk hati yg lain.

Selama-lamanya tidak mungkin nafsu akan setuju dengan iman. andai nafsu yg kau bawa itu diseret halus oleh syaitan. sedikit demi sedikit. meninggalkan bekas-bekas dlm jiwa sehingga nafsu dan diri seakan-akan bergerak sama arus dengan syaitan itu. bijak benar. kenapa anak adam seringkali tertipu dengan bisikan-bisikannya? bukankah Allah telah berfirman:

“Katakanlah, ‘aku berlindung kepada Tuhannya manusia, Raja manusia, Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) syaitan yang bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari golongan jin dan manusia.”

Syaitan membisikkan kejahatan, bukan ke telinga cuma. ia membisikkan kejahatan terus ke dalam dada manusia. tempat paling hampir dengan iman.. sanggupkah kau katakan yg dirimu kebal dr bisikan-bisikan itu. Peribadimu, adakah ibarat Umar, yg ditakuti syaitan?

Tidak. aku tidak mahu diseret bersama-sama mereka kedalam neraka jahannam. kerana aku merindui tempat tertinggi yakni syurga. tapi amalku? ibadahku? imanku? adakah menuju ke situ? Ya Allah.. hanya Dia yang tahu.. kerana keikhlasan merupakan buah dari kesempurnaan tauhid, iaitu mengesakan Allah dlm beribadat. pernah ada satu soalan yg tiada siapa punya jwpan, at least, tiada siapa sanggup menjawabnya – ” sanggupkah kita tanya, adakah aku muslim atau munafiq? “ dari surface, mungkin kita akan menjawab tidak. tapi cuba selam dalam-dalam, perbuatan, percakapan, amalan.. nauzubillah.. smoga Allah melindungi kita dari terjerumus kedalam label itu. nauzubillah..

” Katakanlah, ‘sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama berserah diri (kepada Allah) ” al-An’am, 6:162-163

Akhirnya, marilah kita sama-sama membersihkan amalan kita dari debu-debu dunia, riak, kemunafikan dan kefasikan.

” Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada buhul (tali) yang kukuh. Hanya kepada Allah kesudahan segala urusan” Luqman 31: 22

Aku mahu mulakan lagi hari ini, dengan satu permulaan yg bersih. Kerana pernah satu ketika, aku sudah berjanji untuk menjadi penolong agama Allah untuk menegakkan kalimah Allah dimuka bumi, insyaAllah.. dan aku tidak mahu memungkiri janjiku. bai’atku.

” wahai orang-orang yg beriman! jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yg setia, ‘siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (utk menegakkan agama) Allah?’ Pengikut-pengikutnya yg setia itu berkata, ‘kamilah penolong-penolong (agama) Allah,’ lalu segolongan dari Bani Israel beriman dan segolongan (yg lain) kafir; lalu Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yg beriman terhadap musuh-musuh mereka, sehingga mereka menjadi orang-orang yg menang.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s