Kesyukuran

Alhamdulillah.. Entah kenapa hati ini rasa riang dan gembira.. tak cukup rasanya hanya dengan mengucapkan alhamdulillah, gembira dan tahniah. hati seakan-akan terbang ke langit biru. walaupun hanya sekadar berkongsi mengecapinya.. terasa pipi seakan-akan panas dan basah kerana aku masih ingat kata-katamu.. ‘teruskan bertaqwa..’ dan aku tahu hakikat itu. Dan aku juga malu untuk menunjukkan kegembiraanku. mungkin hati aku sebenarnya riang dengan pelangi yang diciptakan Allah.. seperti firman-Nya:

“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan” 110:1

Dan aku juga mahu ucapkan.. syukur atas kasih sayang Allah.. kepada hamba-hamba-Nya yang penuh keda’ifan dan kekurangan.

InsyaAllah.. aku juga akan berusaha.. dan yang tinggal selepas itu, hanyalah ketentuan dari-Nya. Seperti katamu, semua ini, hanya utk mencari keredhaan-Nya. untuk diri sendiri. Kerana yg lain semuanya atas Ketentuan Allah. bukan kerana usaha kita, bukan kerana kesungguhan kita, dakwah ini akan menang. Tapi yang menang cumalah iman dan cinta kita kepada Dia.

Kepada dia.. tiada kata mahu aku lafazkan. kerana aku harap dia sendiri mengerti yang aku sebenarnya ‘bangga’ dengan dirinya.. tidak mahu yg lain. Smoga dia mendoakan aku juga, smoga kita bersama berjaya mencapai redha-Nya.. amiin..

“Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan” 1:5

“Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.” 58:22

Semoga Allah tautkan kasih-sayang antara kami, orang-orang mukmin.. amiin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s