tarbiyatul aulad

Beberapa hari bersama Zayd telah membuka mataku tentang sesuatu, Tarbiyatul -aulad. Mungkin bila disebut anak, masing-masing mula terbayang-bayang kecomelan Umayr, kelincahan Zayd, Kenakalan adik-adik dan anak-anak sedare di kampung. Teringat juga Allyaa, Farisya, Irrene, Azrul, syafi dan ramai lagi si kecil. Dan bila disebut didikan, masing-masing akan terbayang cara mengajar anak berdiri, bertatih, menutur ‘ummi, abi, papa, mama, abah, ibu’. Namun satu hakikat yg dilupai, didikan anak-anak bukan itu sahaja. Ruang lingkupnya adalah lebih luas dan lebih berat.

Memang tidak dinafikan, sy bukanlah orang yang terbaik utk membincangkan permasalahan tarbiyyah aulad ini, tapi ini sedikit sebanyak untuk menjadi peringatan di masa hadapan,insyaAllah.

Menjadi ibubapa, bukanlah sesuatu perkara yang senang. Kerana ada amanah yang berat dari Allah untuk mendidik anak-anak. Satu hari, ibubapa akan dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku kepada anak-anak mereka. Didikan bagaimanakah yang diberi. Makanan apakah yang disuap. Semuanya akan ditanya. Isu mempunyai anak, bukanlah semudah isu ‘sudah ada org ke-3?’ atau isu ‘dah berisi?’ tapi ia isu amanah dan dakwah. Bila difikir-fikir, agak berat tanggungjawab ini. Sudahkan diri ini bersedia untuk memikul tanggungjawab yang berat itu.

Nak share sedikit ilmu dari pembacaan bahan ‘tarbawi rumah’ yang bertajuk syu’ur pendidikan anak-anak – dengan sedikit olahan.

Sebenarnya, matlamat tarbiyyah anak-anak adalah berkisar kepada firman Allah yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan” ( Surah at Tahrim : 6 )

Dengan itu, anak-anak ingin dilatih dan dididik untuk menjadi pemimpin yang beriman dan bertaqwa berdasarkan firman Allah:

“Dan orang-orang yang berkata : Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.“ ( Surah al Furqaan : 74 )

“Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dan jadikanlah ia, ya Tuhanku, seorang yang diredhai“ (Surah Maryam : 5 – 6)

Muncul pula pertanyaan, apakah aspek paling penting yang harus diterapkan dalam diri anak-anak? Aspek akhlak? Aqidah? Fizikal? Pemikiran? Tersenyum sendiri memikirkan bertapa indahnya Islam, kerana semua itu ada ruang lingkupnya dalam Islam, kerana Islam adalah way of life dan adalah agama yang datangnya dari Allah SWT. Penguasa Terbesar alam ini.

Aspek terpenting adalah aspek keimanan. Bila diterapkan aspek ini, aspek2 lain akan muncul. Akhlak yang mulia, fizikal yang cergas, pemikiran yang bijak dan banyak lagi. Teringat cerita kartun tajuk ‘usman’ yang selalu dipasang utk dilihat Zayd, tapi end up makcik Zayd yg tgk. Usman adalah seorang kanak-kanak berumur 7-8 tahun, tapi sudah tahu berenang, naik kuda, panjat pokok, dan yang paling penting, tahu tentang Islam dan aqidah ini.

1. Iman adalah asas pembentukan peribadi dan syakhsiyyah Islamiyyah. Firman Allah s.w.t :-

” Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar “. (Surah Al Hujurat : 15)

2. Iman adalah asas pembentukan keluarga. Firman Allah s.w.t :-

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat”. (Surah Al Hujurat: 10)

Sabda Rasulullah SAW: (Bermaksud): “Sesiapa yang berkahwin bererti dia telah menyempurnakan sebahagian daripada deennya, maka dia hendaklah bertaqwa dengan sebahagian yang masih tinggal”. Riwayat Thabrani)

3. Iman adalah asas pembangunan fizikal dan harta benda. Firman Allah s.w.t :-

“Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunan di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaan(Nya), itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengannya ke dalam neraka Jahanam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”. (Surah At Taubah : 109)

Iman yang perlu dipupuk adalah iman yang bersifat waqi’i dan munazzim.

Justeru itu, selalulah berkata kepada anak-anak :-

“Berimanlah kepada Allah!”,

“Ingatlah kepada Allah!”,

“Takutlah kepada Allah!”,

“Cintalah kepada Allah!”,

“Bertaqwalah kepada Allah!”.

Selepas itu hubung dan kaitkan iman anak-anak dengan:

1. Amalan harian, syakhsiyyah, akhlak dan ibadah yang mereka dilakukan.

2. Kesudahan hidup manusia di akhirat nanti. Keadaan syurga dan neraka.

3. Sejarah Islam dan contoh-contoh lalu serta pengiktibarannya.

4. Alam dan ciptaan-ciptaan Allah SWT yang sangat hebat.

(Keempat-empat method ini adalah method pendidikan yang popular digunakan oleh Al Qur’an).

Ingatlah bahawa iman anak-anak perlu dipupuk supaya ia subur, segar dan kuat. Pada masa yang sama ia juga perlu dipupuk supaya melahir dan menjanakan natijah yang betul. Melahirkan natijah yang betul dalam syakhsiyyah anak-anak adalah suatu `kemahiran’ yang perlu dipupuk sejak kecil sepertimana memupuk anak-anak bercakap dengan bahasa yang betul.

Mengajak dengan lembut, menguatkuasakan yang ma’ruf dan menangkis kemungkaran Firman Allah SWT:

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah daripada mungkar : mereka itulah orang-orang yang beruntung” (Surah Ali Imran : 104)

Daripada ayat ini dapat difahami akan:

1. Mengajak kebaikan dengan kebaikan Mengajak anak-anak kepada kebaikan dilakukan dengan bijaksana, hikmah, lembut dan dengan perasaan kasih sayang.

2. Penguatkuasaan yang ma’ruf ‘Penguatkuasaan’ yang ma’ruf dalam rumahtangga sering disalahertikan sebagai pendidikan menggunakan rotan dengan tangan-tangan yang kasar lagi keras. Tidak dinafikan, penggunaan rotan juga adalah satu wasilah pendidikan terhadap anak-anak tetapi Islam telah menetapkan bahawa ia adalah wasilah yang terakhir setelah menggunakan pelbagai wasilah yang lain. Itu pun mengikut adab-adab tertentu seperti tidak mencederakan anak-anak, digunakan pada bahagian tertentu, dengan kekuatan tertentu dan dengan bilangan tertentu.

Penguatkuasaan yang ma’ruf dalam rumahtangga berlaku apabila kita menjadikan perkara-perkara ma’ruf seperti solah, adab kepada ibu bapa, adab berpakaian, adab makan, adab belajar dan sebagainya sebagai PERATURAN-PERATURAN dalam rumahtangga. Anak-anak dididik agar ia memahami hakikat peraturan- peraturan itu. Mereka diasuh agar menyedarinya, menghormatinya dan mengikutinya. Anak-anak akan merasai nikmat mengikuti peraturan-peraturan Islam itu apabila selalu dihubungkan dengan iman atau taqwa kepada Allah SWT, sepertimana sering dilakukan oleh Al Qur’an dalam mentarbiyyah generasi awal. Sifat sabar, pema’af dan istimrariah adalah penting dalam hal ini untuk mendapatkan natijah yang tabi’i.

Tugas untuk menghormati dam menegakkan perkara-perkara ma’ruf ini adalah tugas semua anggota isi rumah secara kolektif. Sesungguhnya Islam adalah din yang lengkap dengan pelbagai peraturan untuk kehidupan manusia dalam segala aspek. Mematuhi peraturan Islam di dunia luar yang luas bertitik tolak daripada dunia rumahtangga.

Rumahtangga yang lepas-bebas tanpa peraturan adalah umpama sebuah negara yang ada pemimpin, tetapi tidak ada perlembagaan dan undang-undang.

3. Menangkis kemungkaran Menangkis kemungkaran adalah satu proses yang perlu berlaku secara berterusan lantaran pada hari ini jahiliyyah menyerang anak-anak secara berterusan melalui pelbagai wasilah dan kesempatan. Setiap kali kemungkaran itu masuk, ia perlu ditangkis dengan cara memberi kefahaman, kesedaran dan mengajak anak-anak untuk meninggalkannya.

Oleh itu kemungkaran tidak boleh dibiarkan menular masuk ke dalam rumahtangga melalui t.v., majalah, radio, video, gambar-gambar dan seumpamanya. Juga tidak boleh dibiarkan masuk melalui salah laku ibu bapa atau pendidik sendiri.

“Kamu adalah bapa atau ibu atau pendidik yang telah diberikan hak oleh Allah dalam lingkungan kamu. Maka kamu boleh menggunakan hak itu dalam konteks ini.”

Oleh itu, ambillah pengertian pendidikan anak-anak ini dengan konteks yang sebenarnya, kerana ia adalah asas kepada anak tangga yang ke-3 iaitu masyarakat muslim. Ibubapa, bakal ibubapa atau yang bakal menjadi suami isteri harus memandang serius proses ini. Sejak awal lagi, anak-anak sudah mempunyai hak, iaitu antaranya adalah, hak untuk mendapat ibu yang solehah dan nama yang baik. Jadi jangan mengambil ringan isu pendidikan anak. Muhasabah diri, adakah kita mampu utk mendidik anak untuk menjadi khalifah di muka bumi yang diingini oleh Allah?

Wallahua’lam.

One thought on “tarbiyatul aulad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s