tolong refill dakwat hatiku

Berpagi- pagi dan berpetang-petang di musim cuti ini, dua orang pelajar medic 5th year Adelaide University, mula berfikir-fikir, apakah aktiviti yang perlu di isi pada cuti ini.

Cuti? Alhamdulillah, waktu ini lah yg di tunggu-tunggu oleh kami. Setelah beberapa bulan cram otak belajar, akhirnya dapatlah kami cuti. Tapi ini bukan cuti dari dakwah. Kami bukan mempunyai hobi berdakwah yg dilakukan time semangat-semangat atau time free dan lapang. dakwah hidup dan mati kami, iA.

Cuma satu. Rasa seakan-akan dakwat untuk menulis blog telah kering. entah mengapa. Tak mahu beri alasan, tapi itulah hakikatnya. Mungkin hati ini juga kering? mungkinkah? kadang-kadang, terlalu banyak memberi, lupa untuk membuka hati benar-benar untuk menerima. terlalu banyak mengingatkan orang, mungkin sudah lupa mengingatkan diri sendiri. juga mungkin.

Penat sudah mencari-cari punca. nun jauh di sudut hati, timbul satu sebab. mungkinkan diri ini lupa membasahkan hati sendiri.. lupa untuk kembali kepada Pencipta hati. Ruh di dalam jasad menjerit-jerit kecewa, meminta di isi dan di basahkan. meminta sedikit suapan rohani. Tapi si jasad seakan-akan mengabaikan jeritan hati. sibuk dengan kerja-kerja duniawinya atau alasan tidak ada cukup masa diberi berkali-kali. lupa untuk menghidupkan roh didalam ibadahnya, lupa mengalirkan air mata kerana khauf dan lupa menadah ke langit kerana raja’ kpd Allah. lupa menghidupkan malam dengan bermunajat kpd Allah.. lupakah?

Kerana itu, aku perlukan kamu. Ya kamu. tolong refill dakwat ini. refill ia dengan nasihat dan teguran. refill ia dengan harapan dan semangat. Refill ia dengan bayangan syurga. Refill ia dengan kebencian kepada neraka. Refill sepenuh-penuhnya. tolong. semoga  sang hati tidak lagi kering.

Dan ingin juga dikongsi, tazkirah dari murabbi tercinta yang juga zauj, sahabat dan teman.

Keluarga Muslim ialah keluarga yang meletakkan segala aktiviti pembentukan keluarganya sesuai dengan syari’at Islam. Berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, terdapat beberapa tujuan penting pembentukan rumah tangga Muslim ini, iaitu:

(a)     mendirikan syari’at Allah dalam segala urusan rumah tangga.
(b)     mewujudkan ketenteraman dan ketenangan jiwa dan roh

“Dialah Yang Menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya
Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya” (al- A’raaf.. 189)

Di dalam surah ar-Rum ayat 21, Allah SWT telah berfirman yang
maksudnya:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan
untukmu isteri-isteri daripada jenismu supaya kamu cenderung dan merasa tenteram
kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa mawaddah dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berftkir”

AI-Qurtubi telah mencatatkan komentar lbn Abbas mengenai
‘mawaddah’ yang dijelaskan sebagai ‘cinta kasih seorang lelaki kepada isterinya dan
‘rahmah’ pula bermaksud ‘rahmatnya agar isterinya jangan sampai menderita atau mengalami kesusaban’.  Di sini dapat disimpulkan bahawa pembentukan rumah tangga Muslim itu diasaskan di atas ‘mawaddah’ dan ‘rahmah’.

Suasana rumahtangga yang dibina di atas dasar cinta dan kasih sayang yang suci akan mententeramkan dan memberi ketenangan kepada jiwa dan roh dalam kehidupan pendakwah.  Dalam hal ini tiada contoh yang lebih baik dan tepat daripada rumah tangga Rasuluillah SAW yang dibina bersama dengan Saidatina Khadijah, terutama ketika menghadapi cabaran dan pengalaman baru yang memerlukan sokongan
padu serta keyakinan tanpa sebarang keraguan si isteri.

Anak-anak yang dibentuk dalam suasana ‘mawaddah’ dan ‘rahmah’akan menghasilkan peribadi yang bahagia, yakin diri, tenteram, kasih sayang serta jauh daripada kekacauan serta penyakit batin yang
melemahkan peribadi.

(c)     mewuiudkan sunnah Rasuluilah dengan melahirkan anak-anak soleh sehingga umat manusia merasa bangga dengan kehadiran kita.

(d)     memenuhi keperluan cinta kasih anak-anak. Ketidakseimbangan
atau ketandusan cinta kasih ini akan menyebabkan penyimpangan akhlak dan perilaku.

Di dalam perkahwinan dan pembentukan rumah tangga Muslim, Islam
tidak menyempitkan tujuan perkahwinan kepada hanya untuk  mendapatkan anak-anak
soleh (walaupun ini adalah antara tujuan perkahwinan), untuk mengekang padangan dan menjaga kemaluan(walaupun ini juga menjadi matlamat perkahwinan) dan bukan juga bertujuan untuk menyalurkan nafsu secara syar’i sahaja, sebaliknya Islam telah menentukan matlamat yang lebih tinggi, mulia dan jauh
jangkauannya. la berkait rapat dengan matlamat kemasyarakatan,jihad serta pelaksanaan amal Islam yang luas.

Walaupun matlamat terpenting dalam perbentukan rumah tangga Muslim ialah untuk menyediakan suasana dan persekitaran yang subur bagi mendidik anak-anak, Islam telah menentukan bahawa tuiuan
utama kesinambungan zuriat mempunyai kaitan dengan matlamat dakwah dan jihad. Tujuan ini dapat difahami menerusi beberapa ayat al-Quran.  Antaranya ayat yang menggambarkan doa Nabi Zakaria yang
berhajat kepada anak baqi mneruskan kewajipan dakwah yang dipikulnya.  Firman Allah SWT yang bermaksud:”Ya Rabbi, kurniakan aku seorang anak yang baik di sisi  Engkau. Anugerahkan aku seorang putera, yang akan  mewarisi sebahagian keluarga Yaaqub.”  (Maryam: 5-6)

Peristiwa yang dirakamkan di dalam al-Quran itu menunjukkan bahawa seorang pendakwah juga berhajatkan anak seperti manusia lain, tetapi hajatnya lebih mulia kerana ia menghendaki anaknya mewarisi
tugas dakwah dan jihad yang dipikulnya.  Aspek ini penting kerana perjalanan dakwah dan pertarungan dengan jahiliyah memerlukan masa yang panjang.  Oleh itu, dengan adanya pewaris yang meneruskan perjuangan, dapatlah dipastikan, insyaAllah, perjuangan itu tidak mati di pertengahan jalan kerana pupusnya pendokong perjuangan tersebut.

Pelaksanaan pendidikan Islam dalam rumahtangga Muslim.

Salah satu ciri penting yang membezakan rumah tangga Muslim dengan rumahtangga bukan Muslim ialah pelaksanaan pendidikan  Islam yang sebenar di dalamnya.  Para pendakwah dituntut supaya
memberi perhatian serius mengenai perkara itu.  Anggota keluarga yang tidak mendapat pendidikan Islam atau yang lebih parah lagi jika pendidikan mereka terus terabai, mereka bukan sahaja tidak mampu menyambung perjuangan Islam tetapi mungkin merencat dan menjadi penghalang perjuangan itu.

Pendidikan anggota keluarga dimulakan dengan pendidikan isteri.  Pendidikan ini bermula dengan pemilihan yang dibuat di atas dasar keimanan dan keislamannya. Pendidikan isteri sangat penting diberi
perhatian kerana isteri memainkan peranan yang paling besar dalam pendidikan anak. Anak sulung pula merupakan tumpuan kedua selepas isteri kerana isteri dan anak sulung (bapa juga tidak terkecuali)
merupakan qudwah (contoh teladan) kepada anak-anak yang lain. Seandainya pendidikan isteri dan anak sulung terabai mereka tidakmungkin mampu menjadi teladan yang baik kepada anggota yang lain di dalam keluarga.

Keseimbangan di dalam rumahtangga.

Berumahtangga bagi seorang Mukmin ialah untuk melaksanakan perhambaan kepada Allah, bukan menghalanginya daripada tugas utama itu.  Bagaimanapun ada banyak ujian dan fitnah di dalam rumah tangga.  Salah satu ciri penting yang perlu wujud dalam rumah tangga Islamadalah keseimbangan.  Golongan yong beriman perlu bersungguh-sungguh untuk melahirkan keseimbangan ini kerana telah ramai golongan
yang gugur daripada jalan yang penuh keberkatan ini kerana gagal melahirkan keseimbangan ini dan mendidik isteri serta anak-anak menerima keseimbangan ini.

Secara fitrahnya manusia mempunyai pelbagai keinginan hidup. Antara keinginan itu ialah keinginan kepada harta, pasangan hidup,memiliki harta (seperti rumah dan kenderaan), hidup selesa, berehat
serta bersenang.  Keinginan ini tidak salah selagi wujud keseimbangan dengan tuntutan Allah.  Suasana persekitaran akan merangsang keinginan ini ke satu tahap yang mungkin menyebabkan seseorang pendakwah mengabaikan tuntutan Islam atau terus mengetepikan hak-hak Allah dalam kehidupannya.  Sebagai contoh,setiap orang mempunyai kecenderungan memiliki harta tetapi kecenderungan itu perfu diimbangi dengan tuntutan mengeluarkan infaq di jalan Allah.  Begitu juga dengan kecenderungan untuk untuk berehat di rumah bersama isteri dan anak-anak diimbangi dengan kekuatan tajarrud di dalam jiwa.  Rifa’i Sirur di dalam bukunya ‘Baitul Dakwah’ mendefinisikan ‘tajarrud’ sebagai ‘memiliki sesuatu tetapi
sanggup mengorbankannya atau bersabar dengan kehilangan’.

Dakwah terpancar daripada rumahtangga Muslim.

Dr Abdul Mufa’al Muhammad al-Jabari di dalam bukunya, ‘Identiti Rumahtangga Muslim’ menulis, di antara ciri wujudnya identiti rumah tangga Muslim ialah kewajipan berdakwah mestilah terlaksana
dalam rumah tangga itu. Ini bermaksud angota rumah tangga -suami, isteri dan anak-anak – menjalankan usaha dakwah kepada teman-teman, saudara mara mahupun jiran tetangga.

Suami Muslim yang soleh perlu melalui proses pendidikan dan terus menerus mendidik dirinya sebagai pendakwah contoh kepada angota keluarganya. Kesibukan di dalam kehidupan sehariannya
biarlah berhubung kait dengan dakwah yang telah menjadi darah dagingnya. lsteri dan anak-anak perlu dididik mengenai tanggungjawab dakwah.  Mereka hendaklah disediakan untuk memikul tugas dakwah.

Terdapat ramai juga pendakwah yang sangat aktif di medan dakwah tetapi roh dakwah tidak wujud di dalam rumah tangganya sehingga bukan sahaja isteri dan anak tidak memberi sokongan kepada
perjuangannya, bahkan mereka menjadi penghalang utama,mengusutkan fikiran dan menekan perasaan pendakwah sehingga akhirnya pendakwah berkenaan meninggalkan perjuangannya.

Atas sebab inilah da’wah dan pendidikan perlu dilaksanakan di dalam rumah tangga secara terancang dan berterusan.  Anak dan isteri perlu dibimbing peringkat demi peringkat dan tahap demi tahap
untuk menjadikan dakwah Islam sebati dengan kehidupan mereka.

Wallahua’lam. JazakAllah Abang for the meaningful tazkirah.

Lalu, untuk mengisi kembali dakwat hati, dua orang pelajar medic 5th year itu pun, mula merancang untuk melihat alam ciptaan Allah. Dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang, bukan? berjalan-jalan tour adelaide yg satu hari akan ditinggalkan. mencari-cari sedikit kenangan bersama di bumi adelaide ini. walaupun kaki kami lenguh, tapi hati kami penuh, insyaAllah.

“Ya Allah, tetapkanlah kami di jalan ini. Jangan Kau palingkan kami dari jalan ini dan jangan biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, ya Allah, ya Rahman, Ya Rahim. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, yang telah dilalui oleh para rasul dan syuhada’. Matikanlah kami di dalam agama-Mu, ya Allah, di atas jalan dakwah-Mu. Berikanlah yang terbaik untuk kami, ya Allah.. amiin Ya Rabbal ‘alamin “

4 thoughts on “tolong refill dakwat hatiku

  1. along..
    missing adelaide 😀
    doakan niza dipermudahkan..
    skang ni allah dah beri kemudahan..
    tak lame lagi leh kuar dari sangkar emas ni dah 🙂

  2. “di antara ciri wujudnya identiti rumah tangga Muslim ialah kewajipan berdakwah mestilah terlaksana dalam rumah tangga itu. Ini bermaksud angota rumah tangga -suami, isteri dan anak-anak – menjalankan usaha dakwah kepada teman-teman, saudara mara mahupun jiran tetangga”

    dalam kursus kawen kat malaysia macam takde pun cakap pasal ni… ishk3

    slamat menyubur tangga kedua 😀 doakan exam kami..

    uhibbuki fillah, insyaAllah
    wassalam

  3. insyaAllah. jazakumullah semua.

    to Niza: missing niza too. cepat2 lah dtg Adelaide. smoga urusan niza dipermudahkan. doakan along jugak kat sini,k

    to Mujahidah: berusaha sungguh-sungguh utk exam, ok. dan lepas usaha, tawakkal dan serah semuanya kepada ketentuan Allah. iA.. akak doakan agar semuanya dipermudahkan oleh Allah, iA.. doakan akak jugak di sini.
    Kat kursus kahwin malaysia mmg takde ckp pasal matlamat rumah tangga muslim.. kalau terlepas bahtera ini, mmg tak tahulah, ape matlamat sebenar keluarga muslim tu.. jadi kita amat-amat perlu bersyukur kerana telah diselamatkan oleh Allah. alhamdulillah.. selamat menyubur anak tangga pertama.. anak tangga yang paling penting dlm semua anak- anak tangga. kerana disitulah letaknya langkah mula..
    ” al fatratul ba’dal mujahadah, min fasadil ibtida’ ” futur setelah mujahadah adalah kerana kesilapan langkah mula.. wallahua’lam

Leave a comment