kau punya memori?

sepagi entah kemana perginya waktu aku. mungkin di dapur, di laundry dan di depan komputer.

Teringat perbualan malam tadi dengan seorang ukhti. sahabat perjuangan. katanya, dia sedih, di sana, negeri itu, suasananya berbeza skali. sedikit sebanyak aku mengerti. katanya lagi, mungkin sama, tapi ruhnya berbeza. saat mendengar itu aku jadi takut. takut dan bimbang utk pulang ke negeri itu. sudah lama kutinggalkan. sebulan dua pulang menjenguk tidak begitu menunjukkan bahang dan onak negeri itu. Tapi mampukah aku di saat pulang selamanya? selama rezeki ku masih di bumi maksudku.

Ada persoalan dlm benakku. kau punyai memori? aku ada. Memori yg tak mungkin lupus dari ingatan. Saat aku mula menjejak kaki di bumi gersang ini. tanpa kenal sesiapa, aku dan beberapa lagi sahabat di sambut oleh muka-muka ceria. Saat itu, segalanya bermula. Teringat saat kami nakal-nakal. saat lari-lari. saat blurr-blurr. semuanya masih jernih dan segar di ingatan. Bilakah aku kenal risalah ini? Bilakah mulanya? aku sendiri tak pasti. Kerana ia jawapan sebuah hati. Namun aku masih ingat saat mana hati aku mula di buka dan diketuk. mula di isi dengan cahaya. jiwa yg dahulunya gelap, tak tahu ape erti hidup, aku mula hargai beberapa tahun ini sebagai saat paling bermakna selama aku hirup udara bumi. Kerana hidup sebelumnya, amat selekeh dan tak bermakna. Kerana saat itu, aku tak kenal risalah ini.

Teringat saat mula merangkak.. saat mula bertatih, kami jatuh bersama. nangis bersama. ikatan hati kami kukuh.. saat ini, aku rindukan kamu. T_T ya kamu! Saat aku jatuh, ada yang menarik kembali tanganku. saat duka dikongsi, gembira dirai. Dan aku tak mahu risalah ini, hanya aku yg tahu. aku bukan selfish. aku mahu berkongsi bersama kamu. ya kamu!

Berapa ramai sahabat, seorang demi seorang meninggalkan aku dibumi gersang. tinggal beberapa kerat yang masih setia, menghulur bakti di bumi ini. seorang demi seorang aku hantar dengan air mata. dengan harapan, nnti pulangku, kita masih bersama. bersama memegang amanah ini. kerana aku tahu kamu takut jatuh. kamu takut hilang. dan aku juga begitu. Ingatkah kamu saat kita di asak di satu tempat, di latih menjadi lasak. di ajar setia, di ajar strategi, di ajar percaya. bukan utk sia-sia. utk melatih kita, ke medan yang lebih payah dan susah. di bumi hijau itu. bukan di sini. kerana di sini, bukan medan kita. bukan badr dan uhud kita. Pulangku nanti, sudikah kamu terima aku lagi? seperti kataku, walau di mana, perjuangan kita tetap sama.. tapi medannya berbeza.

Sudahkah aku khabarkan yg aku kini punyai teman baru? dia bukan kita-kita. dia berbeza. sedikit sebanyak dengan adanya dia, aku sudah tidak sedih lagi memikirkan sahabat2 yg sudah meninggalkan bumi ini. dengannya aku tak punya memori seperti dengan kamu. Tapi hari-hari mendatang, jelas menjadi memori juga utk aku dengan dia. Tapi memori ini mungkin berbeza. Tapi harapnya, ruh dan risalahnya tetap sama, insyaAllah.

Dan mahukah kau, aku tanyakan lagi? kau punya memori? aku ada.

-m.u.j.a.h.i.d.a.h.i.s.l.a.m- 12.10pm 13/4/08


9 thoughts on “kau punya memori?

  1. salam along..
    huhuhu..tersentuh ngan entry ni..memang sangat jauh medannya..berbeza amat..hargailah masa-masa emas di sana, sebab zimbabwe ni tak sama macam adelaide yang best tu! rindu amat mahu pulang ke tempat ‘lahir’ untuk menjadi manusia..

  2. salam..
    along dan org disini masih menunggu2 org mesia yg nk dtg sini.. uhuh.. pulangla niza. walopon along x reti nyanyi lagu pulanglah, tp niza nanyilah sendiri.. janji dtg je hehe..
    mmg byk kngn saat2 hidayah menyapa.. kan? T_T

  3. Salam ukhti yg disayangi..
    Rindu dengan akhwat di sana.Medan berbeza,biah tak sama tp insyaAllah matlamat serupa,dan perjuangan dikongsi bersama.Salam sayang dari tanah air.

  4. Salam najwatul_feeruz, juga ukhti yg di sayangi..
    rindu juga dengan akhwat di sana.. smoga kembalimu ke tanah air, menjadi satu lagi titik mula utk tarbiyyah di sana. smoga dipermudahkan urusan dan risalah ini, kita tanggung bersama.. ^_^ walau kat mana kita berada..
    mungkin cuma medan yg berbeza.. kan?
    smoga Allah terus menjadikan kesungguhan kita sebagai satu sebab utk Dia terus kurniakan hidayah, insyaAllah.. amiin..

  5. Salam

    Ukhti, sudah lama tidak berbicara..

    tahniah di atas perkahwinan yang di bina, ana terlambat tahu.. afwan
    🙂 Doakan yg terbaik utk enti, moga hidup senantiasa selari dengan syariatNya, ameen, insyaAllah

    Salam sayang,

  6. Salam..
    jazakillah atas wish.. doakan ana ok? sgt lama kan. tapi harapnya walaupun lama tak bertegur sapa, smoga masih dlm igtan iA..
    doa ana utk eni jugak iA.smoga terus diberi kekuatan dan hidayah dari Allah,amiin..
    uhibbuki fillah..

  7. terkenang zaman lari-lari juga walopon keadaannya berbeza.. entah bila diri ini kembali, wallhu a’lam juga.

    dia itu kami-kami, juga kita-kita. insyaAllah. semoga thabat.

    doakan kami juga. doakan bersama.

  8. salam,

    aku juga punya memori. mungkin sama & mungkin juga berbeza. walaupun medan sekarang tidak sama, matlamat kita tetap sama! kutiplah segala mutiara di bumi subur sana utk kau hiasi negeri tandus ini apabila kau pulang nanti. sahabat-sahabat seperjuangan yang meninggalkanmu di sana, masih lagi setia menantimu di sini. rindu sangat saat itu. memori kita. =)

  9. Salam nbi_mutmainnah, sahabat perjuangan yang disayangi dan dirindui,
    jazakillah kerana masih menantiku di medan sana. badar dan uhud perjuangan kita adalah di sana. tak sabar untuk pulang, walaupun mungkin masih agak lama di sini. iA, akan cuba aku kutip semua mutiara di sini setelah aku sudah wakafkan hidupku utk jalan ini, iA..
    smoga sahabat di sana sentiasa doakan kami di sini.. doakan ksejahteraan dan yang terbaik utk kami.. iA..
    Yang penting, walau dimana kita berada, risalah ini tetap kita tanggung bersama..iA..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s