Buatmu serikandi cinta Allah

Buatmu Serikandi Cinta Allah

Assalammualaikum…

“KEPADA SI MAWAR IDAMAN,KU DOAKAN KAU MEKAR DITAMAN,DIAKARI RASA BERTUHAN,DIHIASI HARUMAN AKHLAK DAN IMAN,KERANA ITULAH UKURAN JELITANYA SEORANG WANITA,WAHAI TEMAN….”

Siapalah aku untuk menasihatkan dirimu “wanita akhir zaman” kerana aku jua sepertimu memiliki rasa yang sama dan fitrah semula jadi yang sama.Lemah lembutnya kita bukanlah diskriminasi PENCIPTA namun inilah tanda kasih sayangNya terhadap kita yang lemah…

Namun dalam kelemahan ada kekuatan yang tidak mampu ditandingi kaum gagah Adam.Allah titipkan hati yang rapuh kepada kita lalu dikuatkannya dengan peringatanNya dari karya agung yang tiada tandingan iaitu Al-Qur’an.Lemahnya kita kerana tidak mampu ke medan jihad namun digantikan tempat yang tinggi buat kita kerana dari rahim-rahim wanita solehahlah lahirnya mujahid-mujahid dakwah perjuang agama yang Haq..

Benarlah kata pepatah “Tangan yang menghayun buaian mampu menggegarkan seluruh isi dunia”Diperkemaskan lagi dengan hadith Nabi SAW yang bermaksud:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya:”siapakah yang paling berhak untuk aku berbakti?”jawab baginda:”Ibumu!”tanya lelaki itu lagi :”kemudian siapa?”jawab baginda:”Ibumu!”tanya lelaki itu:”kemudian siapa?”jawab baginda :”Ibumu!”tanya lelaki itu lagi:”kemudian siapa?”jawab baginda:”kemudian itu,bapamu!”(HR.Bukhari)

Namun ,tanpa kita sedari golongan kitalah yang paling ramai didalam neraka milik Allah…Inilah yang membuatkan terpanggilnya aku untuk berkongsi apa yang telah ku baca…kerana aku sendiri resah seandainya akulah salah seorang calon penghuni Neraka….kerana bukan mudah buat kita untuk menjadi Serikandi Cinta Allah tika kemodenan dan kepalsuan dunia membuatkan kita lemas didalamnya….

“Mampukah kita menjadi Serikandi Cinta Allah hari ini?”persoalan demi persoalan semua jawapannya ada pada kita berdasarkan panduan yang di tinggalkan oleh junjungan Besar kita Rasulullah SAW iaitu Al-Qur’an dan As-sunnah.

Siapalah kita untuk mengharap syurga Allah,namun sanggupkah kita menerima azab NerakaNya???

Setiap mukminin pastinya menyimpan hasrat yang besar ini memiliki manisnya nikmat Syurga Allah kerana inilah fitrah insani.Rasulullah SAW telah menjelaskan tentang perkara ini dengan sabdanya:

“Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah Fuqara (orang miskin) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita”(HR.Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain dari keduanya)

Tetapi mengapa ??jika di cartakan pastinya jaguh penjara ataupun pusat serenti adalah lelaki,pembunuh,perogol dan lain-lain begitu sinonim dengan mereka.Adakah hukum Allah tidak adil?diskriminasikah undang-undang dunia?tepat sekali sepertimana yang di tegaskan oleh ulama yang bermaksud:

“Manusia menghukumi secara zahir tetapi Allah menghakimi perkara yang tersembunyi”.

Ditegaskan lagi dengan hadith nabi yang berbunyi:Daripada Abu Hurairah RA Berkata:Bersabda Rasulullah SAW,yang bermaksud:”Apabila seorang perempuan solat sehari semalam lima waktu dan berpuasa pada setiap Ramadhan dan memelihara farajnya dari fitnah dan mentaati suaminya nescaya dikata baginya di akhirat kelak :Masuklah kamu ke dalam Syurga dari mana-mana pintu Syurga yang kamu kehendaki”.

 

Lihatlah,betapa mudahnya seorang wanita untuk memasuki syurga Allah berbanding lelaki,sedangkan wanitalah golongan minoriti di Syurga kelak.Janji Allah itu pasti dan benar.

Dari Imran bin Husain dia berkata Nabi SAW bersabda:”Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita”.(HR.Muslim dan Ahmad)

Maka menjadi kewajipan bagi kita untuk mengenal siapakah yang bakal menghuni neraka dan apakah ciri-ciri mereka supaya virus pemusnah ini tidak tercalit dalam diri kita.Berusahalah untuk menyuntik vaksin Al-Qur’an dan As-Sunnah agar dapat menyedut nyamannya Kasih Allah,masih belum terlewat bagi kita memperbaiki diri selagi nyawa belum sampai ke kerongkong,kerapkanlah mentadabbur ayat-ayat Allah mengenai neraka dan azab yang tersedia didalamnya.

Firman Allah dalam Al-Qur’an:

“Hai orang-orang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,penjaganya malaikat -malaikat yang kasar ,yang keras,yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”(At-Tahrim ayat :6)

Dalam hadith lainnya,Rasulullah SAW menegaskan tentang sintom-sintom wanita penginap neraka,Baginda bersabda:”…..Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka ini telanjang,melenggak-lenggokkan kepala mereka ekrana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya,kepala mereka seakan-akan bonggol Unta.Mereka ini tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian”.

Saudariku Serikandi Cinta Allah,hindarilah sintom-sintom ini,semoga Allah menyelamatkan kita dari neraka,jangan gusar menjadi wanita.Adunkan diri kita dengan hiasan wanita solehah yang digambarkan oleh baginda junjungan:”Dunia adalah perhiasan yang mempersonakan,dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah”.

Ketahuilah wahai saudariku,jalan menuju syurga itu tidak dihiasi dengan kuntuman bunga,sebaliknya ditaburi dengan ranjau duri yang amat dasyat untuk diselami manusia…sedangkan jalan ke neraka ditaburi kesenangan dan keindahan palsunya duniawi.Namun dihujungnya pasti ada laba lumayan yang akan kau perolehi hasil membeli mahar tertinggi memiliki nikmat syurga yang abadi…

Rasulullah SAW pernah mengingatkan satu amalan yang dapat menyelamatkan kaum wanita dari azab neraka,ketika baginda selesai khutbah hari raya yang terkandung didalamnya perintah untuk bertaqwa kepada Allah S.W.T dan anjuran untuk mentaatiNya.Bagindapun bangkit mendatangi kaum wanita,lantas menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda:

“Bersedekahlah kalian! kerana kebanyakan kalian adalah kayu bakar jahanam!” maka berdirilah seorang wanita yang duduk diantara wanita -wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya,iapun bertanya:”Mengapa demikian, wahai Rasulullah? Baginda menjawab:”kerana kalian banyak mengeluh dan kalian kufur terhadap suami!”(HR. Bukhari)

Saudariku Serikandi Cinta Allah,moga kita sama-sama dapat mengislah diri agar kita bukanlah calon isi neraka sebaiknya cuba membayar tingginya mahar SyurgaNya.Memang bukan mudah untuk menjadi Serikandi Cinta Allah di akhir zaman namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil..moga ada lagi pewaris Aisyah ..Fatimah, Khadijah.. di akhir zaman ini…peringatan ini jua buat diriku yyang selalu tersilap dalam percaturan kehidupan duniawi yang palsu ini…

wa Allah hu a’lam…

6 thoughts on “Buatmu serikandi cinta Allah

  1. Assalamualaikum..

    Buat mujahidahislam, semoga hidayah Allah sentiasa memimpin kehidupan kita sehingga tiada ruang dalam diri ini untuk terleka dan hanyut dalam kelalaian duniawi.

    p/s: Jazakillah atas perhatian dan sudi berkongsi rasa. InsyaAllah kalau ada jodoh, bertemu lagi (di library ke..hehe..)

  2. Memetik hadith di atas: “Ditegaskan lagi dengan hadith nabi yang berbunyi:Daripada Abu Hurairah RA Berkata:Bersabda Rasulullah SAW,yang bermaksud:”Apabila seorang perempuan solat sehari semalam lima waktu dan berpuasa pada setiap Ramadhan dan memelihara farajnya dari fitnah dan mentaati suaminya nescaya dikata baginya di akhirat kelak :Masuklah kamu ke dalam Syurga dari mana-mana pintu Syurga yang kamu kehendaki”.

    Seakan mudah jalan wanita untuk ke Syurga. Namun, hakikatnya fitrah kejadian wanita itu sendiri diciptakan dengan 9 nafsu yang tinggi mujahadah mengawalnya. Andai sekali berjaya melepasi satu rintangan, andai sekali berjaya mengawal nafsu sebaiknya, pasti datang ujian kali kedua untuk ditempuhi, memancing hati yang menentukan, dinilai godaan nafsu dengan neraca iman, atau neraca apa? berbahagialah jika neraca iman yang sering menjadi keutamaan. Kerana kan datang nafsu untuk kali ketiga, keempat, kelima dan setrusnya.. hingga akhirnya ditimbang dengan keredhaan Dia yang Mencipta, Allahu Rabbuna.. kemenangan atau kekalahan? Hingga berakhir di suatu penghujung yang pasti.. Jannah idaman atau Neraka Jahannam. Moga Jannah yang menjadi ketetapan dalam keredhaanNya. Wallahu’alam.

    Doakan kita terus thabat dalam lingkaran iman

    Wassalam

  3. sungguh menarik sekali entry ini.. huhu..keep it up.. haaa nape gamba ku dicolourless kan.. isk iskk sampai hatimuuu😦
    acah jer.. 😀

  4. salam chetie, just drop by to see ur new blog =) comey..comey..comey.. semoga kita sama-sama tsabat di jalan ini. doakan saye tau kat mesia ni. penuh cabaran. tak tertepis sumanya. masih lg dlm fasa penyesuaian dakwah di sini. moga Allah berikan kita kekuatan & keputusan yang terbaik utk sume. jemput dtg ke a.star…=)

  5. ni silap entry ni awak. ^_^ kite takleh nak delete. awk comment lagi skali la yer ^_* tapi betul.. senasib la nampak gayenye.. tapi awak punye tak de darah memancut2. takde kene leter. tapi sabar je la kan?

    – version altered –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s