Amalan semasa mengandung

1_459088509l

Amalan-amalan semasa mengandung: dari buku 3000 nama-nama indah dan tips amalan ibu mengandung dan pedoman melahirkan anak pintar.

SEGI ROHANI DAN JIWA

1) Perbanyakkan bertaubat dan beristighfar:

· Firman Allah yang bermaksud: “ sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat..” al-baqarah: 222

· Doa memohon ampun dari dosa:

“ Ya Tuhan kami, sesungguhnya siapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka orang itu telah Engkau hinakan dan tiada penolong bagi para penzalim. Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mendengar seruan supaya beriman; ‘berimanlah kamu kepada Tuhanmu’. Maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa2 kami dan matikan kami berserta orang2 yang berbuat baik. Ya Tuhan kami, dengan apa yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji” (Ali-imran: 192-194)

· Sayyidul istighfar utk keampunan dosa (dlm mathurat):

Maksudnya: “ Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku. Dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa) Mu dan aku terikat dengan perjanjian dengan Mu sekadar yang terdaya. Sesungguhnya aku berlindung kepada Mu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui menerima nikmat yang Engkau kurniakan setiap masa kepadaku, walau pun aku berdosa kepada Mu. Oleh itu ampunlah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang, hanyalah Engkau”.

2) Berpuasa sunat:

· Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnua seminggu 2 kali atau sehari pada hari isnin dan khamis atau salah satu hari-hari berkenaan atau sebulan pada hari2 putih (13,14,15 bulan hijrah)

3) Tidak bercakap yang sia-sia:

· Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap sesuatu yang sia-sia terutamanya yang boleh mendatangkan dosa sebaliknya membasahi lidah dengan berzikir, bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.

· Seperti kisah Nabi Zakaria a. s ketika isterinya mula mengandung anaknya Nabi yahya a.s. Nabi zakaria di bisukan oleh Allah selama 3 harim bertujuan mendidiknya agar tidak bercakap yang sia2. Selama 3 hari itu ia menghabiskan masa dengan berzikir dan bertasbih serta bertahmid pagi dan petang.

4) Banyak membaca al-Quran:

· Ibu imam Syafie, ketika mengandungkan Imam Syafie sentiasa membaca al-Quran terutamanya surah al-Fatihah dan surah Yasin. Sewaktu membaca, ibunya menyeru anaknya supaya memahami apa yang di bacanya. Tidak hairanlah, Imam Syafie boleh menghafal al-quran 30 juzu’ sejak umurnya 7 tahun, kerana sejak dalam kandungan lagi ia telah belajar al-Quran.

· Antara surah2 yang di galakkan membaca ketika mengandung ialah:

i. Surah al-Fatihah

ii. Surah Maryam

iii. Surah Luqman

iv. Surah Yusuf

v. Surah Hujurat

vi. Surah Yasin

vii. Surah At-taubah

viii. Surah an-Nahl

5) Banyak berdoa:

· Sentiasalah berdoa agar Allah kurniakan anak yang soleh/solehah. Sekurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus untuk ibu yang sedang mengandung seperti:

i. Doa di baca setiap hari:“ Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandunganku dan sembuhkanlah segala penyakit. Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan tiada sembuhan melainkan dengan penawar-Mu . ya Allah, lahirkanlah dari kandunganku ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah anakku ini sihat dan sempurna, cerdik, berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah, elokkanlah perangainya, fasihkanlah lidahnya dan merdukanlah suara untuk membaca al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad saw”.

ii. Doa memohon rahmat Allah:

“Ya Tuhan kami, janganlah jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau beri petunjuk dan kurniakan kepada kami rahmat di sisi Engkau, kerana Engkaulah Maha Pemberi. Ya Tuhan kami, sesungguhnya engkaulah yang akan mengumpulkan manusia di akhirat untuk pembalasan, yang mana hari itu tiada keraguan lagi. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji” (surah Ali- Imran: 8-9)

iii. Doa agar mendapat anak soleh/solehah:

“ya Tuhanku, berikanlah kepadaku seorang anak yang soleh. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar permohonanku” (Ali-Imran: 38)

· Kepentingan anak soleh kepada sesebuah keluarga adalah sangat penting, kerana doa anak yang soleh sebagai penyambung pahala setelah ibu bapa meninggal dunia.

· Sabda Nabi SAW, maksudnya “Apabila mati seseorang itu, terputuslah amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah, ilmunya yg di manfaatkan orang dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan untuk kedua ibu bapa mereka” (hadith Riwayat Muslim)

iv. Doa ketika menanti saat hampir bersalin:

· Ketika hampir bersalin atau sedang menunggu waktu bersalin, para ibu janganlah asyik risau atau menjerit kesakitan, tetapi eloklah di gantikan dengan wirid atau zikir atau doa. Sebaik2 doa dan wirid adalah seperti di bawah:

o Maksudnya: “Sesungguhnya tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah termasuk orang yang sentiasa menzalimi diri” (Al-Anbiya: 87)

o Selanjutnya bacalah ayat kursi, surah al-ikhlas, surah Al- Falaq, An-Nas, berulang-ulang kali sehingga bersalin.

v. Doa setelah selamat/selesai bersalin:

“Aku memohon perlindungan dengan kalimat Allah yang sempurna daripada semua syaitan-syaitan dan binatang2 yang berbisa dan daripada pandangan mata jahat”

vi. Doa untuk menghilangkan lemah-lemah dan sakit selepas bersalin:

“Ya Allah, sesungguhnya aku ini lemah, kuatkanlah aku. Sesungguhnya aku ini hina dan muliakanlah aku. Aku miskin dan berikanlah aku rezeki”

About these ads

3 thoughts on “Amalan semasa mengandung

  1. Salam

    ukhti, moga ALlah permudahkan segala urusan enti.

    Moga lahirnya menjadi pejuang agama, insyaAllah.

    Ana suka tengok baby yg baru lahir, suci dan mulus… :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s