yang ku rindu

Andai dapat kutulis semua kisah hidupku dalam sebaris dua kata.. tentu akan ku lakukan yg demikian..

Setelah sekian lama membisu, hampir sebulan juga.. ku gagahkan diri utk mencoret sepatah dua peringatan untuk diri ini. Mungkin selama ini, kesibukan telah menelan waktu-waktu lapang yg ada, sehinggakan yg tinggal hanyalah utk diri dan keluarga. Tiada lagi waktu-waktu luang utk menoleh seketika kebelakang ttg episod2 manis dan pahit hidup.. Namun yg mampu aku lafazkan adalah, alhamdulillah. kerana semua episod2 manis dan pahit inilah yang mengajarkan ku sesuatu. menjadi tarbiyyah buat hati dan jiwa dan sekian lama di tikam karat-karat jahiliyyah yg beraja. Mungkin lama masa utk ku buang semua bekas-bekas karat.

Ingin aku memohon seribu kemaafan kepada insan yang dekat di hati dan di mata, yang mungkin tidak mampu aku lunaskan segala permintaan dan harapan. Yang ada cuma pengharapan agar aku dapat lakukan yg terbaik utk nya. Kerana amanah yang indah dan berat ini, harus juga aku pikul dan bawa. Maafkan aku andai waktu-waktu pulangmu, tidak ku sambut dengan senyuman manis yg bisa meleburkan kepenatan jiwa. Kerana mungkin ketika itu, jiwaku juga penat dan di singgah berbagai-bagai episod yang tak mampu utk di luahkan dalam bentuk senyuman. Namun, satu ku harap agar dikau mengerti. Sungguh, tiada lagi cinta selain utk Allah dan Rasul melainkan utk mu.. akan ku cuba jua menyambutmu dengan senyumku nnti.. kerana aku tahu kemana menghilang dirimu.. kemana tercurah waktu dan masamu.. kemana tekad dan semangatmu pergi.. kemana kau sandarkan niat dan sebab sesuatu tindakanmu.. kerana aku juga ingin begitu.. Terimakasih atas semua kasih-sayang yg dicurahkan..dan segala dorongan utk aku bekerja dan bangkit, mengangkatku ketika aku jatuh dan sedih. Doakan aku, smoga nnti tiada bidadari yang mampu menandingiku di syurga..insyaAllah..

Dan yang juga aku rindui, yang kita rindui kini hampir tiba. saat-saat pertama ramadhan sebagai insan bergelar isteri menjadikan aku tambah-tambah lagi menunggu-nunggu kedatangan kekasih kita ini.. sangat rindu.. saat-saat indah ramadhan, yang mana telah Allah sediakan berbagai hidangan dan keistimewaan.. berbagai keberkatan dan kesenangan.. semoga nnti, keluarnya kita dari madrasah ramadhan ini, menjadi kita insan-insan yg lebih bertaqwa kepada Allah. Menjadi insan yg lebih baik dari semalam dan hari ini..

seperti Firman Allah Ta’ala: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan asas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183).

Kejutkan aku untuk bangkit di malamnya, kejutkan dan ingatkan aku untuk mengimarahkan ramadhan ini. smoga ramadhan ini melekat dalam di dalam jiwa sehingga episod2 selepasnya menjadi lebih bererti dan bermakna.. semoga jiwa kita dibersihkan dengannya, semoga seluruh sifat jahiliyyah yang beraja hilang dan lenyap dengannya.. semoga Allah berikan kita kekuatan.. amiin.. semoga nnti akan kita temui malam yang lebih baik dari seribu bulan..

Naikkan semangatku dengan janji-janji Allah. Kuatkan tekadku seperti panglima perang badar al kubra. hidupkan malam-malam ku dengan munajat kepada-Nya.. Allahumma balighna ramadhan.. smoga esok, aku bisa bangun lagi, utk ku temui ramadhan. semoga esok kita masih diberi nyawa dan nafas untuk kita bangkit dan temui ramadhan yang telah lama kita rindui.. semoga ….]