Buatmu serikandi cinta Allah
Buatmu Serikandi Cinta Allah
Assalammualaikum…
“KEPADA SI MAWAR IDAMAN,KU DOAKAN KAU MEKAR DITAMAN,DIAKARI RASA BERTUHAN,DIHIASI HARUMAN AKHLAK DAN IMAN,KERANA ITULAH UKURAN JELITANYA SEORANG WANITA,WAHAI TEMAN….”
Siapalah aku untuk menasihatkan dirimu “wanita akhir zaman” kerana aku jua sepertimu memiliki rasa yang sama dan fitrah semula jadi yang sama.Lemah lembutnya kita bukanlah diskriminasi PENCIPTA namun inilah tanda kasih sayangNya terhadap kita yang lemah…
Namun dalam kelemahan ada kekuatan yang tidak mampu ditandingi kaum gagah Adam.Allah titipkan hati yang rapuh kepada kita lalu dikuatkannya dengan peringatanNya dari karya agung yang tiada tandingan iaitu Al-Qur’an.Lemahnya kita kerana tidak mampu ke medan jihad namun digantikan tempat yang tinggi buat kita kerana dari rahim-rahim wanita solehahlah lahirnya mujahid-mujahid dakwah perjuang agama yang Haq..
Benarlah kata pepatah “Tangan yang menghayun buaian mampu menggegarkan seluruh isi dunia”Diperkemaskan lagi dengan hadith Nabi SAW yang bermaksud:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya:”siapakah yang paling berhak untuk aku berbakti?”jawab baginda:”Ibumu!”tanya lelaki itu lagi :”kemudian siapa?”jawab baginda:”Ibumu!”tanya lelaki itu:”kemudian siapa?”jawab baginda :”Ibumu!”tanya lelaki itu lagi:”kemudian siapa?”jawab baginda:”kemudian itu,bapamu!”(HR.Bukhari)
Namun ,tanpa kita sedari golongan kitalah yang paling ramai didalam neraka milik Allah…Inilah yang membuatkan terpanggilnya aku untuk berkongsi apa yang telah ku baca…kerana aku sendiri resah seandainya akulah salah seorang calon penghuni Neraka….kerana bukan mudah buat kita untuk menjadi Serikandi Cinta Allah tika kemodenan dan kepalsuan dunia membuatkan kita lemas didalamnya….
“Mampukah kita menjadi Serikandi Cinta Allah hari ini?”persoalan demi persoalan semua jawapannya ada pada kita berdasarkan panduan yang di tinggalkan oleh junjungan Besar kita Rasulullah SAW iaitu Al-Qur’an dan As-sunnah.
Siapalah kita untuk mengharap syurga Allah,namun sanggupkah kita menerima azab NerakaNya???
Setiap mukminin pastinya menyimpan hasrat yang besar ini memiliki manisnya nikmat Syurga Allah kerana inilah fitrah insani.Rasulullah SAW telah menjelaskan tentang perkara ini dengan sabdanya:
“Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah Fuqara (orang miskin) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita”(HR.Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain dari keduanya)






