Bahtera hati

” Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan Bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang” (20:130)

Aku Sabahatmu..

Sahabatku,

Mengenali dirimu,

Ku belajar erti kehidupan,

Kau murabbi yang mengajarku erti susah dan senang..

Darimu, ku belajar erti sayang

Darimu, ku belajar tarbiyyah kehidupan

Sahabatku,

Aku juga pandang dirimu dengan kasih dan sayang

kerana dari mu aku belajar ertinya

Kau ibarat ibu, kakak dan rakan

tiada yang dapat mengganti tempatmu dihatiku

Sahabatku,

maaf andai selama ini ada kekasaran,

aku juga manusia yang sering melakukan kesalahan..

tiada yang aku mohon, hanyalah kemaafan..

darimu ukhti tersayang..

Sahabatku,

jangan kau ragui hatiku,

jangan diragui sayangku..

ku menyayangimu kerana Allah

aku ingin bersamamu saat susah dan senang

saat suka dan duka..

saat payah dan perit

Sahabatku,

mungkin belum cukup hak mu aku tunaikan,

belum cukup aku mendalami sudut hatimu

belum cukup aku menjaga hatimu

mungkin banyak juga aku melukaimu..

kerana sifat kenak-anakanku.

jadi sahabatku

maafkan diriku

berilah aku peluang lagi

untuk terus menyayangimu

kerana aku, sahabatmu

Sahabatku,

jangan kau tinggalkan aku

aku ingin sentiasa bersamamu

dalam susah senang perjuangan ini

dalam lumpur kekalahan atau piala kemenangan

bawa ku ke syurga bersamamu

bimbing aku, teruslah beri nasihat kepada ku

jangan pernah hilang harapan kepada ku

kerana aku, sahabatmu..

kerana kau, sahabatku, murabbi ku..

Ummu Nasihah

22/10/2011

1.43pm Darul Furqan

Kini kembali

Bismillahirrahmanirrahim.

Sungguh berat rasanya tangan ini mahu menaip baris-baris ayat. sudah sangat sangat lama tidak update blog ni. rasanya sudah bersarang.

Hari ini entah kenapa terasa ingin menulis rasa hati. meniup habuk-habuk dan sarang labah-labah blog yang kian lama menebal dan menambah.

semakin hari, semakin terasa kehilangan beberapa akhawat yang pulang ke Malaysia ‘for good’. Hati ini tertanya-tanya bilakah pula giliran diri sendiri.. mungkin Allah lebih tahu di mana tempat diri ini boleh lebih mencurahkan jasa.. dan mungkin saya belum bersedia lagi untuk pulang ke medan. pedang belum tajam, senjata belum di siapkan, kereta kebal tak isi minyak lagi, baju perang masih tak siap jahit.. dan banyak lagi perkara yang belum selesai. atau adakah ini sekadar alasan.

bila diri ini mengucapkan selamat pulang kepada ukhti-ukhti yang pulang, jauh di sudut hati terasa sayu berbaur dengan rasa gembira. gembira kerana ukhti2 ini akan pulang ke medan sebenar.. kerana mereka telah bersedia, kerana mereka mampu, kerana itulah Allah telah takdirkan mereka pulang.. yang tinggal adalah kekuatan dzatiyah diri yang akan menolak mereka untuk teruskan amal dan istiqamah. kami yang disini juga harap-harapnya juga terus istiqamah.

Ah, terasa daif nya diri nak menyatakan perkataan istiqamah, apatah lagi perkataan thabat.

Banyak sungguh kelemahan diri yang tidak terganding dengan kelebihan diri yang sedikit. ikut hati, tidak mampu nak bersuara kerana sungguh kurangnya ilmu dan amal berbanding orang yg di depan. rasa ingin berdiam diri menghitung amal, mengkhatam kitab kuning, cuba memahami fikrah.. bertatih2 nak belajar apa erti dakwah… Tapi kewajipan itu takkan sekali kali jatuh selagi Islam ini tidak tertegak..  jadi, nak tak nak, ilmu yang sedikit itulah di kongsikan.. yang sedikit amal itu lah diteruskan dan di qudwahkan..  semoga itulah menjadi bekal.. amiin..

jangan lupa menasihati andai diri ini nampak kelam atau sunyi. jangan biar saya hilang..

-Ummu Nasihah

 

Ramadhan ini kami nantikan

Alhamdulillah..

Sudah berlalu satu ramadhan yang lepas (2009), kini Ramadhan 2010 kian menjelang.. alhamdulillah..

“Allahumma balighna Ramadhan..”amiin..

Ramadhan ini bakal menjadi ramadhan ke-2 Nasihah, ummu nasihah dan babah. Sebenarnya sangat2 menanti kedatangan Ramadhan kali ini.. kerana Ramadhan lepas terasa cepat benar berlalu tanpa dapat beramal sebanyak yang di inginkan..

InsyaAllah tahun ini azamnya, dan amalnya semakin bertambah, iA.. semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya, amiin..

Nasihah kini suda berumur 1 tahun 2 bulan.. gigi nya suda ada 11 batang termasuk 3 gigi geraham. Nasihah sudah bolehmenyebut ‘babah, baboom, mimi, mama, tata.. ” etc.. kini menunggu nasihah menyebut ummi.. -_- dan juga paling penting sebut Allahu akbar, alhamdulillah..

semoga Ramadhan kali ini mengajar ummi, babah dan nasihah erti kesabaran, erti kesyukuran, erti keimanan, erti ukhuwah, erti dakwah yang sebenarnya.. dan juga membawa kami mencapai ketaqwaan yang diinginkan oleh Allah.. amiin..

Doakan kami..

Update Nasihah

Sudah agak lama tak menulis di blog ini. Akhirnya mencari masa di Uni utk tulis. kalau kat rumah mmg takde masa nak tulis dah.

Nasihah skrg di tinggal di Sekolah Makcik Shila, jadi ketua darjah, bersama Fatih dan Iffah. Lega juga sikit rasanya sebab dia tak grumpy or cranky bila antar tu, tapi kene keluar diam2 time dia main-main dengan Shila. Harap-harap ok after that.

Nasihah skrg dah ada 5 batang gigi, alhamdulillah. kadang2 dia suka mengigit ummi dan babah. takpe masa nilah kene banyak bersabar utk ajar nasihah apa yang patut dan tak patut dia buat. slowly but surely, iA.

Mengirakan kegunaan duit yang agak banyak utk Nasihah, ummi terfikir utk pakaikan Nasihah Modern Cloth Nappies, which macam disposable juga, tapi more comfortable, breathable, comel dan boleh guna semula. I’m very excited actually to try this on Nasihah and hopefully to save Thousands of dollars each year , InsyaAllah.

Cth nappies:

Comel tak? hehe.. kat bawah ni beza dari segi kos.

Disposable Nappies

Single use nappy at 39 cents each
(based on 10 changes a day for 3 months)         $  354.90
Single use nappy at 52cents each
(based on 6 changes a day for 27 months)         $2,579.85
Baby wipes at $6.74(tub of 80) per fortnight     $  438.10
Nappy disposable bags at $6.81
(based on one pack of 200 per month)               $  204.30
One year night nappies for toddler 87cents each$317.55

 Total cost for disposables for one child           $3,894.70        
All figures based on requirements for 2 ½ years plus night nappies for a further 12 months

Premium/Fitted Nappy Option - Full-time nappy package

24 reusable fiited pocket nappies                          $ 600.00
12 overnight boosters (pack of 3 at $19.00)          $  57.00
25 reusable nappy liners (pack of 5 at $7.50)        $  37.50
25 reusable nappy wipes at (pack of 5 at $9.95ea$  49.75
Laundry costs (see note below)                              $  50.00

Total cost full time fitted pocket nappies                        $794.25

A premium reusable fitted pocket nappy system will last your baby from birth through to toilet training and will cost as little as $800. To keep a baby in single use disposable nappies for the same amount of time will cost almost $4,000 for the first baby and nearly $8,000 if you have two children.
Depending on which nappies you choose, you can save around $3,000 for your first child, increasing to over $7,000 for two children.
The financial choice is an easy one!

Ummi-ummi disana, kalau ada yang nak share the interest dan sharing the experience, very much welcome. ^_^

rusty

Assalamualaikum..

wah, sangat lama tak menjenguk blog ini. rasanya sangat rusty dan berhabuk. entah kenapa harini, sambil2 tunggu nasihah bangun, rasa nak menulis sepatah dua.

Now Nasihah is 7 months ++, and she got 1 tooth, and she can crawl now, although not very far away, but yes, crawling and doing all those cute stunt I never thought she would do ^_^. haha mother’s amazement. Alhamdulillah, Allah has given me everything I need, not everything I want.. alhamdulillah.. now I’m in my final year of Medicine. It felt just like yesterday when I left Nasihah with Babah almost everyday to go out and study and when at night, Neksah came by and we study again while playing with Nasihah.. just like yesterday.. but Allah has granted our du’a, I don’t know what else to ask apart from Allah’s paradise along with my hubby and Nasihah.. may Allah grant this wish.. amiin.. but paradise, comes with all the price.. remember to pay before you enter, not once broken consider sold!

Now being a housewife for almost 3 weeks ( i think), feel like a pro! haha, joking. not close. but alhamdulillah.. still learning. I guess this would be a part of tarbiyyah, where I learn to manage all those free time.( Free? think twice my dear).

Ok time to get back to work. Hope Allah make today better than yesterday and tomorrow better than today, amiin.

-ummu Nasihah-

pasti akan berakhir nanti..

Assalamualaikum wbt..

Sedikit kalam dari yang lemah, tak tahu dan dhaif.

Dalam nak exam dan dalam kesibukan seharian ini, sempat pula sy membaca blog-blog dan tulisan-tulisan. Luahan hati sahabat sahabat. . entah kenapa rasa juga diri ini membicarakan isu yang sedang hangat diperkatakan. Jauh di sudut hati, kata-kata ini yang terlintas ” kenapa isu ini lagi..? “

lenguh juga membacanya,dan juga lenguh otak ini memikirkannya. namun harap-harapnya hati ini masih tidak lenguh mengharap petunjuk dari yang Esa, masih tidak lenguh berhusnu zahn dengan manusia.

walau apa isu, walau apa tuduhan, walau apa perasaan, namun yang di dalam pastinya lebih tahu apa yang sebenarnya. bagi saya, tak perlu di tolak tuduhan, tak perlu defend diri sendiri kerana tiada kekecewaan untuk meneruskan amal ini, tiada keraguan di situ terhadap manhaj ini. tiada. namun tak dinafikan, yang di dalam hanya manusia, kata-katanya boleh di tolak dan diterima. mungkin ada silap dan mungkin ada khilaf. Namun yang pasti manhaj Ilahi tak pernah berubah, dari zaman Rasulullah saw sehingga kini. berpeganglah pada yang itu, pada al-quran dan sunnah, pasti tidak sesat sehingga hari kiamat. yang perlu di tatap adalah keikhlasan di dalam hati. kau buat kerana orang atau kerana Allah? klau kerana orang, berlatah-latahlah bila ada org mengata. berpinar-pinarlah mata bila ada org merenung. Tapi kalau kerana Allah, hanya Dia yang berhak menegur, hanya Dia yang berhak membalas dan menghukum apa yang terdetik dalam hatimu..

Kalau mahu tanyakan akal, pasti akalku menafikan, mahu defend dan menjawab semuanya. Mahu aku tanyakan, kalau di ajak kamu mahu datangkah? mahu kamu buang khilafmu, syubhat mu? ..tapi adakah berubah situasi disini? adakah akan berakhir semuanya? tidak!! kerana suara pasti masih berkata-kata, akal masih akan berfikir, nafsu pasti akan masih menggoda.. ini fitrah manusia, bukan?

oleh itu, aku memilih utk diam, memfirasati hati dan diri sendiri. tak guna firasati manusia dalam soal ini. .

Kerana nun jauh di sana, aku pasti, semua ini, pasti akan berakhir nanti, di saat segalanya berakhir.. insyaAllah.. amiin.

All the best utk exam bagi yang exam! doakan aku..

wassalam..

 

Post Navigation

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.